Tuesday, April 23, 2013

Tinta Dakwah: Makmurkan Rumah Allah



Wahai rumah Allah ..
sepi tanpa penghuni ...
paling menyedihkan abad ini ..
engkau tidak dikunjungi ..

Wahai Rumah Allah
salam ku hulurkan ..
syabas dan tahniah ku ucapkan
buat mereka yang istiqamah menjadi tetamumu
moga wahai rumah allah
engkau menjadi saksi buat mereka di padang mahsyar sana

wahai rumah Allah
terasa tenang lagi mendamaikan
hati yang sunyi menjadi terhibur
hati yang kosong menjadi terisi
hati yang berdosa kembali mengharap
hati yang bercahaya bertambah cahaya

wahai Allah
hadirkan rasa cinta kami untuk berkumpul di rumahMu
mengukuh tali erat menyambung rabitah hati-hati insani
tarbiyahkan kami dengan didikan yang ada pada rumahMu
moga semakin hari iman kami semakin bertambah
tali binaan kami semakin kuat
redhaMu semakin dekat
dan kemenanganmu semakin hampir

*****************************************************

syabas dan tahniah kepada pengunjung yang istiqamah mengunjungi rumah Allah. Moga ia menjadi tungganganmu apabila kamu berada di akhirat nanti.




Orang yang sentiasa sembahyang berjamaah di masjid mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. pada Hari Kiamat.
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّى أَخَافُ اللَّهَ. وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ. (صحيح لبخاري، الأذان)
Bermaksud: Tujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali dari-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di dalam beribadah kepada Allah,  seorang  yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan jelita (untuk melakukan maksiat) lalu dia berkata: “Aku takutkan Allah”, seorang yang bersedekah secara senyap-senyap sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengingati Allah bersendirian sehingga berlinangan air kedua matanya.




Orang yang sembahyang berjamaah di masjid Allah sediakan baginya hidangan di syurga setiap kali dia pergi dan balik.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنَ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ. (صحيح البخارى، الأذان)
Bermaksud:  Sesiapa yang pergi ke masjid dan balik (dari masjid), Allah sediakan baginya hidangan  dari syurga setiap kali dia pergi dan balik.


 Orang yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid ialah orang yang menunaikan sembahyang berjemaah setiap waktu. Apabila dia keluar dari masjid hatinya sentiasa ingat akan datang semula ke masjid untuk menunaikan jemaah fardhu yang berikutnya. Orang ini akan mendapat perlindungan dari Allah di akhirat nanti di mana di waktu itu tiada perlindungan kecuali hanya perlindungan dari-Nya sahaja. Ini merupakan kelebihan yang amat besar kepada orang yang sentisa mengerjakan sembahyang fardhu dengan  berjemaah di masjid.


Monday, April 22, 2013

Sajak : "Ya Rasulullah"



Rasulullah .
 apa khabarmu, Ya Rasulullah ?
Aku merindukanmu Ya Rasulullah .
adakah kau jua sedang merinduiku ?

Ya Rasulullah.
sakitku menanggung apa yang pernah kau tanggung
malah sakitku hanya sekelumit
sedang Engkau Ya Rasulullah ..
menanggung segunung ujian yang menyakitkan.

Namun Ya Rasulullah
Engkau tidak pernah mengeluh
Engkau tidak pernah berhenti
Engkau tidak pernah mengalah
demi Islam Engkau rela berkorban

Ya Rasulullah
pesankan pada kami umatmu
agar kami tidak berpaling 
berpaling dari menyambung perjuanganmu

Ya Rasulullah
namaMu yang angung
melembutkan hati dan bicara manusia yang menyebut namaMu
aliran kasih sayangMu tidak terhingga
mengalir dalam sanubari kami
betapa cintaNya kau pada kami

 Ya Rasulullah ......
izinkan kami menatap wajahmu ..
mengamati wajahmu yang tenang mendamaikan
akhlak yang menawan ..


Ya Rasulullah . 
kernaMu aku bercinta.
kernaMu aku berkasih sayang.
bercinta dan berkasih sayang di dalam jalan dakwah dan perjuangan ini.

Sunday, April 21, 2013

sajak buat PEJUANG:

salam jam 4.30 petang. ahad. 21/3
terdetik aku nukilkan dua buah sajak kepada teman seperjuanganku.
In sya allah . untuk diriku dan mereka. kerna allah dan Rasul aku bertinta.
demi menyahut seruan dakwahmu....



Sajak “salam buat Pejuang”

Salam buat pejuang?
Apa khabar imanmu pada hari ini?
Solatmu, zikirmu, selawatmu, dhuhamu, tahajudmu ...
Adakah terpelihara seiring dengan urusan dakwahmu?

Salam buat pejuang?
Apa khabar dirimu?
Kuatkah kamu menempuh ujian yang acapkali datang padamu..
Saban hari semakin teruji ...
Saban hari hasil dakwah semakin tidak menjadi
Mad’u pula berkeliaran lari....
Adakah kau masih bersemangat dengan meneruskan dakwah ini?

Wahai pejuang .....
Ujian ujian ujian
bisa membuatkan kita menangis dan berpaling
pesananku buat pejuang
Kalau kamu tidak kuat kerna Allah dan Rasulullah
Kamu akan jatuh .. jatuh...jatuh  dan jatuh ....

Maka wahai pejuang ......

Mutiara Kata:
Buat  pejuang yang berjuang kerana Allah dan Rasul.....
“Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya,"Sampai bila kau akan melelahkan diri?" Dijawab daie dengan pasti,"Sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)."


 
Satukanlah ikatan ...
Eratkanlah tali bulatan
Tumpaskan bisikan syaitan
Kuatlah demi Allah dan Rasulullah
Kuatlah demi Allah dan Rasulullah
Kuatlah demi Allah dan Rasulullah...



Sajak “Dakwah Dakwah Dakwah”

Dakwah Dakwah Dakwah?
Ada apa dengan dakwah?
Kenapa aku memilih jalan dakwah?
Ku bisukan kalam
Monologku berbisikkan..
Ya. Aku sangat letih.
Letih bermain dengan dakwah dakwah dakwah...
Tapi .
Aku inginkan peristitirehatan terbaik
Ya..
Aku inginkan peristirehatan di syurga....

Dakwah Dakwah Dakwah
Allah dan Rasulullah pemangkin kekuatan
Berdiriku keranaNya
Jatuhku seketika sahaja
 Tamparan muhasabah cintaNya
Melatih aku berjalan dan terus berjalan
Ku sapukan air mata dan bertahan
Demi menyahut seruan dakwah dakwah dakwah

Dakwah Dakwah Dakwah
Panggillah aku
Jangan kau tinggalkan aku sepi tanpamu
Aku sedia’
Aku rela menemanimu
Demi cintaku kepada Allah dan Rasululku


Nukilan: asyiqazhadyandhaif

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..