Wednesday, February 23, 2011

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung.
Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir , Berita Harian, Selasa, 02 Jun 2009 , 8 Jamadilakhir 1430
 

HIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.

Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.

Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.


Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.

Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.

Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”

Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”

Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.

Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.

Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.


Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

Dalam bukunya Para Kekasih Allah, Abdillah F Hasan berkata dalam al-Quran tidak kurang dari 40 ayat membahas masalah tawakal, baik dalam bentuk perintah mahupun keutamaan bagi hamba mampu melaksanakannya.

Yusuf al Qaadhawi dalam kitabnya Ath Thariq Ilalah, At Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepada-Nya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.

Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.

Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.” (Surah Ar-Rum ayat 47)

Monday, February 14, 2011

ku cintaimu Ya Rasulullah, ingin aq berada dengamu di surgaNya...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.bt........

di sini, tergerak hati ana untuk menulis apa yg tersimpan di dlm hati ini sbgai natijah untuk memuhasabah diri kita sejauh manakah keihlasan  kita menggabungkan diri kita dalam penglibatan gerak kerja islam.... 

ana ingin membawa sahabat-sahabat merenung sejenak akan kekasih agung kita, baginda Rasulullah s.A.w. yang telah lama pergi meninggalkan dunia hari ini pada tanggal 12 Rabiul Awal tahun 11 H PADA hari Isnin.....
Insan inilah terlalu banyak jasa, terlalu banyak pengorbanan, terlalu banyak mehnah, terlalu banyak kesakitan, dalam menanggung kepayahan, mehnah dan tribulasi untuk menyampaikan risalah islam kepada kita.....

di mana pada hari ini, begitu mudahnya kita, lahir sahaja ke dunia sudah mendaapatkan nikmat islam.....
sedang Rasulullah s.a.w lahir dalam keadaan jahiliyyah dan menerima tugas dan amanah yang begitu besar yg memberi kesan  kepada seluruh umat islam pada hari ini......

Sebelum turunnya wahyu, Rasulullah digelar sebagai Al-Amin, ramai masyarakat Arab pada ketika itu sangat menghormati dan memuji Rasulullah S.a.w.  Namun, setelah Rasulullah mendapatkan wahyu di gua Hira', dan ketika baginda mula untuk menyebarkan islam kepada seluruh masyarakat ARab pd tika itu, RASULULLAH ditentang habis-habisan , lebih kasihan lagi apabila kaum keluarga Rasululah yg terdekat sekali, iaini Abu JAhal, ABU Lahab menetang keras-kerasan akan dakwah Rasulullah S.A.W.

bAGInda mengumpulkan kaum keluarga nya yg terdekat di Bukit Safa, dan mula menceritakan tentang perihal islam, namun, Rasulullah s.a.w dimarahi oleh mereka, kata Abu Jahal kpd Rasulullah s.a.w, "celakalah Engkau Muhammad mengumpulkan kami semata-mata untuk kami mengikuti agama TuhanMu..".

Ingin sekali Rasulullah dicederakan, namun mujurlah Abu Talib mempertahankan baginda S.a.w. daripada dicederakan. Namun, Abu Talib, tidak tertahan melihat anak saudaranya itu dimusuhi , dihina, oleh masyarakat Arab yang pada ketika itu masih belum separuh pun yg memeluk islam..lalu Abu Talib pun dengan suaranya yang lembut meminta agar Rasulullah s.a.w menghentikan risalahnya. Rasulullah berasa sangat sedih kerana menyangka bahawa Abu Talib tidak mahu membantunta  , dan Rasulullah mengucapkan kata2nya yg mahsyur;

"Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di
sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan
urusan ini, sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya, sehingga-lah Allah
memenangkannya atau aku binasa kerananya".

Selepas daripada itu, Rasulullah semakin hebat disakiti bersama para sahabat, yg memperjuangkan keimanan, sampaikan ada yang mati terbunuh, ada yg buta, tercerdara & sbgnya.

Pada tanggal 10 H selepas kerasulan, Rasulullah telah kehilangan bapa saudara dan isteri yang begitu dicintai dan menjadi orang harapan dan tulang belakang Rasulullah sewaktu berhadapan dengan masyarakt quraisy. Kejadian itu menyababkan Rasululah menjadi sugul. Kemudiannya, Rasulullah pun berhijrah ke Thoif dengan harapan penduduk Bani Thaqif menerima dakwahnya, namun mereka telah menolak dakwah Baginda secara
kasar. Mereka menghasut kanak-kanak untuk menyakiti Baginda. Kanak-kanak tersebut telah
melontar batu ke arah Baginda sehingga darah mengalir daripada kedua kaki Baginda yang
suci itu, Subhanallah, bagaiman kentalnya hati Rasulullah pada ketika itu untuk memperjuangkan kebenaran kepada umatnya, namun umatnya langsung tdiak mengendahkan dakwahnya.....

dapat juga kita teladani keimanan, ketabahan baginda sewaktu peperangan Uhud,pada tika itu,  tersebar khabar angin bahawa Rasul s.a.w. telah terbunuh. Sebahagian mereka telah
lari pulang ke Madinah. Orang musyrik dapat sampai kepada Rasul s.a.w.. 


Batu-batu yang mereka lontar mengenai Baginda sehingga Baginda jatuh pengsan, mukanya luka, kedua
lututnya bercalar, bibir bawahnya berdarah dan topi di kepalanya pecah. Dua cincin rantai
topi itu telah terbenam masuk ke pelipis Baginda. Orang musyrik bertambah ramai
menyerang Rasul s.a.w. untuk membunuh Baginda. 

Baginda s.a.w. tetap bertahan bersamasama
sekumpulan orang mukmin, antara mereka ialah: Abu Dujanah yang bertindak menjadi
perisai Rasulullah s.a.w.. Dia melindungi Baginda daripada anak-anak panah orang musyrik.
Anak-anak panah itu telah menembusi belakang tubuhnya. 

Antara mereka lagi, Saad bin Abi Waqqas. Beliau telah memanah pada hari tersebut kira-kira 1,000 anak panah. Antaranya lagi, Nasibah Ummu 'Umarah al-Ansoriyyah. Dia meninggalkan tugas memberi minum
tentera yang cedera, untuk bertempur menggunakan pedang dan memanah demi
mempertahankan Rasulullah. Dia terus bertempur sehinggalah sebatang anak panah hinggap
mengenai tengkuknya, menyebabkan luka yang dalam. Bersama-sama Nasibah juga, suami
dan dua orang anaknya yang turut serta mempertahankan Rasulullah. Rasulullah s.a.w.

dan Rasulullah s.a.w pun mendoakan untuk mereka:
“Semoga Allah memberkati kamu sekeluarga.”


Lantas Nasibah berkata: "Doakan kepada Allah supaya kami menemanimu di
syurga."
Lantas Baginda pun berdoa:
"Ya Allah, jadikan mereka teman-temanku di syurga."


Lihatlah sahabat, bgitu ramainya yang terlalu menyanygi Rasulullah s.a.w hinggal terkorban nyawa dan ajal mereka, mereka hnyalah menginginkan mati syahid dan ingin menenami Rasulullah di akhirat kelak, betapa mereka menginginkan syurganya sepenuh hati mereka dan tempat di sisi Allah yg mulia......

Rasulullah tidak pernah putus ada di dalam perjuangannya...untuk siapa, kalau bukan untuk sekalian umatnya??
namun, pada hari ini, adakah kita menempatkan Rasulullah di dalam hati kita sebagaimana Rasulullah menempatkan kita di dalam hatinya???

di saat Rasulullah hampir meninggalkan seluruh dunia ini, di bibirnya hanya terungkap, "ummati, ummati, ummati, '"wahai jibril, bagaimanakah nasib umatku kelak??? ku bimbangi umatku.....lalu Malaikat jibril menenangkan Rasulullah dengan berkata; "jangan khuatir Ya Raulullah, tidak akan ada umat yang akan masuk syurga terlebih dahulu melainkan engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu..."

di saat itu, hati Rasulullah menjadi tenang..namun masih merasakan saat sakaratul maut yg penuh dgn kelembutan dan kasih syg, namun kelembutan itu masih lagi diarasakan Rasulullah kesakitan yang teramat hinggakan Rasulullah berkata, betapa sakitnya Ya Jibril sakaratul maut ini, mengapa engkau tidak mahu melihatku Ya Jibril, adakah kau jijik melihatku??".

Lalu jibril pun berkata," ADAakah sanggup aq melihat kekasih Allah dalam direnggut ajal dan merasa kesakitan begini..??? ........

 Rasulullah berkata, 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.   :'(  :"(   :"(  :'(


'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' 

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?'




seisi langit , malaikat2, bidadari syurga, pintu syurga sedia terbuka luas menanti kehadiran Rasulullah, manakala di dunia, terasa kesan yg teramat mendalam terhadap setiap masyarakt islam pada tika itu, betapa mereka menyanygi Rasulullah melebihi nyawa mereka sendiri...

Tubuh itulah yng selalu tercedara, tubuh itulah yang sering kelaparan, tubuh itulah yang bnyk berada di atas tikar sejadhnya memohon untuk ummatnya, tubuh itulah yang sering berjalan demi menegakkan agamanya..
tubuh itulah yang sering berasa kesakitan demi menjaga perihal ummatnya..

namun pd hari ini, di manakah kita???? adakah kita merasa lemah, merasa malas untuk meneruskan dakwah baginda...bagaimana kita ingin membuktikan bahawa kita ini mencintai Rasulullah di dalam hati kita, andai kita hnya duduk terdiam menanti saat islam tumbang!!!!!!!!!  :'(  ....

kalau bukan kita , siapakah lagi...???? adakah kita mengungkapkan kata2 cinta padanya hanya di bibir, padahal dengan kita berdiam dan menanti dan menatnti, sehingga kitalah yg menjuruskan ke arah kejatuhan islam iaitu hasil keringat baginda Rasulullah & para shabat..utk sepanjag zaman..

mudah2han kita dapat bertemu Rasulullah dlm keadaan mulia...agar kita turut bersama2 Rasulullah kelak dengan hasil perjuangan dakwah ini, insyaAllah....
cintailah Rasulullah di dlm hati, dngan perbuatan, dengan lisan, dan dengan pedoman..

ku cintaimu Ya Rasulullah dgn iman, taqwa, jihad, fi sabilillah...akanku teruskan perjuangan ini walau dlm keadaan letih mahupun penat, malas mahupun rajin...lapang mahupun sempit...

wallahualam,
asyiqazhadmengembalikansemangatnyademiislam@com.my

Thursday, February 3, 2011

Dunia or akhirat yang mewah??

As-salam...berapa banyak kali asyiq menjelma, hu3x...hurm xper,lah klo asyiq audah tiada nanti, mudah-mudahhan santapan ini terus kekal dalam jiwa dan sanubari kita semua..:) kenang daku dlm setiap doa kalian........

hurm, sambungan topik/notes ana; ' hajaru wajahadu';

bukan mudah hati manusia mahu tergerak dgn hanya kata2x..tapi ana yakin, dgn izin Allah yg menggerakkn hati ini dan saudara2..

x semua org dpt digerakkan hatinya , xsmua org faham , dan ad yg fhm, tpi buat2 xfhm, ada yg fhm,mahukannya, tp tdk berdaya & xde kekuatan..dan ada jugak yg xnak faham lgsung, mgkin ada masalah hati smpaikan ssh utk terbuka hatinya..

mari cek balik, hati kita, sental virus2 yg ada, yg mmpu merosakkan hati...

bersihkan hati agar hati kita mudah untuk menerima taufiq & hidayah daripada Allah...kalau hati kita dicemari bnyak tompok2 hitam, akn jd terlalu banyak alasan untuk kita mengakui kebenaranNya..walhal kebenaran itu mmg nyata...

i'm proud to be a muslimah 'sejati', insyaAllah...:)  tapi pelik, knp sesetngah muslim yg lain suke memerli gaya & cara hidup islam??aduii, xfahamlah...bangga bebeno ikut budya barat...

hurmm mmglah terlalu banyak Allah bagi kita kat dunia ini....jgn kita terpengaruh dgn bisikan duniawi dgn mengambil segala keseronokan itu di dunia, nanti di akhirat kita hanya menadah tangan kosong, sbbnya di dunia kita dah puas njoy,berseronok , samelah tu...

 biarlah di dunia ni kita rasa terbatas, tersekat untuk menghirup segala 'nikmat & keseronokan' itu..mudah2han di akhirat, kita dapat jauh lagi baik nikmat & keseronokan yg tiada tandingannya..

sbg contoh, bidadari dunia, x sama dgn bidadari akhirat,
ice blanded pun x sesedap air yg mengalir dri syurga...apalagi, indahnya wanita/lelaki di dunia x seindah bidadari di akhirat..perfume dunia xseharum wangian di akhirat...apalagi yg kita mahukan, segala2nya ada di sana....

knp xterdetik dlm hati kita utk dptkan yg terlalu indah, x perlu cri di dunia ni..sbb kita akn tinggalkan dunia nie xlame lgi...:)  warh, bgitu bestnya kalau dikasihi oleh para malaikat, para nabi, para bidadari dan yg paling utama dikasihi Illahi....::))) masyaAllah, rasa berbunga2 di hati...

huhuhu, seronoknya ana...tbe2 ade idea mcm nie...

dunia ini nmpk mewah, tetapi nilainya terlalu sikit berbanding nilai akhirat..:).....namun, amalan yg di dunia inilah  yg membantu kita menambah dan mendapatkan nilai di akhirat sebenarnya...

sekali lgi, kalau hidup kita rasa nk bersenang2, nak seronok, jgn bergelar 'insan', nak jadi tumbuh2tumbuhan pun xlayak, sbb tumbuh2han pun berzikir mengingati Allah..kita ni dijadikan dgn kesempurnaan, tp bile  sebut perkataan 'Allah', islam  hurmmmm ade yg kate, hum biarlah x seh caro....,dunia, dunia, akhirat, akhrat, kubur asing2x....dunia , dunia dulu, akhirat kmudian......masyaAllah  :)

bersush2 dahulu, bersenang2 kemudian, sebelum nasi menjadi bubur, atau menjadi kerak...baik tanak dulu bagi molep....hahaha..
hurm blur dahhhh....:)

wassalam...


hijrahlah asyiq azhad....

As-salam pembuka bicara...ana , asyiq azhad kembali lagi...:) apa khabar saudara-saudari..sahabat-sahabat yang ana kasihi..?? moga dalam keadaan ceria dan sihat belaka, hurm macam nak tulis surat layang pulak..:) he3..
ana nak berkongsi sedikit pemikiran, rasa hati, luahan hati agar sama-sama kita muhasabah diri....dalam kesibukan duniawi yang semakin tandus iman di hati....

pabila ana duduk bersendirian.....ana fikirkan pada hari ini, aku sudah menangis atau belum?? sudah berapa lama aku tidak menagis? dan ana selalu expect diri ana ini, seandainya ana sudah lama tidak menangis, bermakna sudah lama ana tidak merasakan suatu kelazatan/nikmat dripada tangisan itu....


ana pernah terfikir suatu ketika, 'kenapa aku dah lama tak menagis, kenapa aq susah lagi untuk menangis??
dan pada ketika itu, ana merasakan  bahwa keringnya air mata ini menampakkan bahwa terlalu sibuknya ana sehinggakan ana lupa untuk mengenang segala dosa-dosa ana yang bertimbun-bertimbun banyaknya...masyaAllah, subhanallah...astaghfirullah...Rasulullah pernah bersabda; sekiranya kamu mengetahui apa yang aq ketahui, sudah tentu, kamu akan banyak menangis dari ketawa...'. 


bagaimana Rasulullah menangis tiap kali bersujud di hadapan Allah, sedang baginda merupakan kekasih Allah,,,yang tidak sepatutnya begitu.... bagaimana Rabiatul ADawiyah menangis di atas tikar sejadahnya sepanjang malam pabila beribadah di hadapan Allah,


air mata yang mengalir kerna mengenang dosa terlalu bernilai harganya di akhirat, terlalu mahal gadaiannya di padang mahsyar,,,disebabkan oleh kerna terlalu mahal itulah sukar untuk istiqamah...Air mata yang mengalir kerna teringatkan Allah adalah satu kenikmatan yang dirindukan oleh Allah, yang dapat dirasai oleh mana-mana hambaNya yang merasakan dirinya itu terlalu rendah di sisi Allah s.w.t...

ana merasakan suatu ketenangan yang amat besar, apabila kita menyebut-nyebut nama Allah..dengan alunan-alunannya.,,,sukar untuk digambarkan perasaan nikmat itu, ketenangan itu apabila IAnya hadir dalam jiwa dan sanubari....


 suatu perkara lagi; pabila duduk sendirian; ana mula memikirkan tentang suatu lagi perkataan iaini; 'akhirat'
AWAS! akhirat di hadapan!!!   sampaikan ana boleh menamgis sendirian apabila ana mengulang0ulang perkataan tersebut...akhirat, akhirat, akhirat!!! akhirat di hadapanku, akhirat kehidupanku.....'kita dihidupkan untu mati'....dengan persediaan yg kita bekalkan...


kita mati untuk hidup"...iaini kita akan mati 1 hari nanti bagi memulakan kehidupan baru di alam yang baru...
realiti bukan fantasi.....alam yang kekal abadi....kekal abadi, kekal abadi......ana selalu muhasabah diri ana, hidup untuk mati, mati untuk hidup, utk apa ana hidup di atas muka dunia ini, kalau ana dicipta untuk mencari penghidupan semata-mata, lebih baik ana turun daripada planet zuhal ke, marih ker...Allah ciptakan ana ke muka bumi...untuk mengabdikan diri ana kepadANYA, Allah pandangkah wang ringgit yang ana kumpul?? kedudukan, ?? sedangkan semua itu daripada Allah, Allah jualah yang meminjamkannya kepada ana...sebagai kesimpulannya, apa sahaja yang Allah minta? hanyalah sekadar untuk pengabdian diri kepadaNya..


mati kita sama, dengan berbungkuskan kain kafan, bukan emas, berlian dan permata....tetapi hanyalah sekadar kain putih bertemankan nisan semata...suasana di arafah melambangkan bahwa tidak ada perbezaan antara manusia baik yang bertaraf tinggi mahupon rendah, dan itu melambangkan suasana di padang mahsyar yang menjdi tempat perhimpunan bagi kita semua....begitu juga dengan ilmu yang kita miliki? Allah x tanya kenapa xbelajar sampai master, PHD., Namun apa yang Allah tanya, bagaimanakah kamu memanfaatkan ilmumu dalam pengurusanmu untuk ke akhirat???



 ayat lain yang selalu dlam minda; Allah xpernah berkira-kira dnganku, banyak yang aq minta, Allah bagi...bagaimana untuk aq ini jadi tidak bersyukr padaNya..??? bagaimana pula, aq ini berkira2 masaku dgn Allah...????? 


lain2 ayat lagi; aq tidak kuat tanpaMu di sisiku, dan aq taw kekuatanku, dan setiap langahan kakiku adalah dengan kekuatan yang kau tiupkan padaku...tanpaMu, aq tidak akan menjadi seteguh itu, berdiri, dan berjalan pada hari ini dengan ujian yang Engkau hadiahi....


ana adalah ana, terkadang ana x peduli, siapapu ana, apa yang ana pegang, ana x peduli,, terkadang iman ana jua goyah...namun ana sering bermonolog sendiri, adakah pandagan manusia itu lebih baik daripada pandangan Allah...?? adakah kata2 manusia itu lebih baik daripada kata-kata Allah..??? kalau ana tidak mengubah diri ana, ana sampai bila-bila akan terus mundur, mundur dan lesap....


kalau kita tidak mulakan perubahan hari ini, sampai bila, kita tidak akan mengubah diri kita, percayalah, andai terdetik dlm hati kita, aq akan berubah 2 tahun lagi...ana yakin, kita tidak akan berjaya berubah..perubahan ini perlu secara terus dan perlahan-perlahan, sedikit demi sedkit tetapi tidak hanya menanti waktu, sehinggakan kita dapat membina kekuatan teguh daripada Allah untuk melakukan penghijrahan seterusnya..orang2 yang benar2 yakin akan janji Allah , tidak akan melengah2kan waktunya untuk memulakan penghijarhan dan pembaikpulihan....orang2 yang benar2 ingin berubah, insyaAllah Allah akan bantu untuk mengubah dirinya, yg penting kita kena baerusaha untuk mengubah diri kita...


innamal a'maalu binniat, mulakan dengan niat, agar Allah gerakkan hati kita untuk melaksanakannya...


wallahualam...

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..