Pages

Thursday, December 6, 2012

Muhasabah: Jom raih syurga Allah.



Bismillahirrahmanirrahim ...

segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam ..

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah yang sungguh besar , aku masih lagi berpeluang bernafas dan diberi peluang untuk mengisi waktuku untuk melakar kalam mengajak diri ini senantiasa bangkit daripada menjadi hamba yang lemah & malas dari memburu syurga & keredhaanNya ..

Apabila disebut berkaitan syurga , terasa teruja. Terasa bahagia dengan kalam yang disampaikan oleh Allah dalam wahyuNya. Hamba tahu, hamba ini bukanlah hambanya yang layak bernaung di dalam syurga. Tetapi, apa yang hamba tahu, semua manusia bercita- cita untuk ditempatkan di dalam syurga yang terlalu indah dari Allah taala.

Disediakan syurga yang dibawahnya mengalir sungai - sungai. Mereka memakan buah- buahan yang disediakan oleh Allah, disediakan makanan, minuman yang lazat sus yang tidak pernah kering . Layanan yang baik dari seisinya. Nikmat yang tidak kan habis walau sebanyak manapun digunakan .

 Cuba bayangkan betapa indahnya nikmat syurga yang dijanjikan Allah kepada hambaNya. 

 "Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam ni'mat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."

(Surah As-sejadah)

 Kita tak nampak syurga itu benar, tapi bukankah kita yakin dengan apa yang Allah sampaikan melalui wahyuNya?   Dan Allah tidaklah tidak menepati janjiNya. 

Walau kita tidak nampak dan kurang tahu apakah lagi nikmat yang disediakan Allah lagi di sana, tetapi kita mesti "YAKIN DENGAN ALLAH" dengan kita terus beribadat bersungguh- sungguh tanpa mengharapkan apa - apa dariNya. 

Sekiranya redha Allah yang kita pilih, pasti syurga Allah pun mengiringinya, kan?


kita dikurniakan akal dan kebijaksanaan untuk memilih jalan hidup kita.

apa yang penting. kita semua nak jadi hamba yang "luar biasa" pada pandangan Allah, benar ? ? ? 

kita mahu Allah sayang kita sebagai hamba yang taat kepadaNya, benar?

Siapa ingin Allah sayang dia sebagai hamba yang taat kepadaNya?     

SIAPA TERINGIN , SENYUM ?   PEACE.     ^ - ^ 

SAYA PUN NAK IKUT HAMPA SEMUA NAK JUGAK MASUK SYURGA JUGAK..
 
SIAPA TAK TERINGIN, RUGI . KERUTLAH KEPALA   + _ +

 tapi, tak semudah itu kan nak masuk syurga?

Eh x lah. Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.

Peraturan tak susah, Kita saja yang bermasalah.   ^ _ ^ 

Betul tak? Kita sebenarnya yang BERMASALAH. SIAPA SENYUM , DIA PUN BERMASALAH JUGALAH  TU. HIHI. TERMASUKLAH SAYA , JANGAN RISAU.  ^  - ^

Tapi, masih belum terlambat lagi untuk kita terus membaiki diri kita.


Allah Yang Maha penyayang yang sangat sayangkan kita masih bagi kita peluang untuk kita baiki diri kita.

syurga sedang menanti di sana. Kalau kita semua ini bijak, pasti kita tak nak lepaskan peluang dan menggadaikannya dengan nikmat dunia, benar?


Pernah suatu kisah baginda nabi s.a.w berbicara dengan saidina Umar r.a. Pada tika itu, saidina Umar menangis melihatkan keadaan nabi. Tidurnya hanya beralaskan tikar yang tidak berlapikkan apa- apa. sehingga membekas tubuh baginda s.a.w.


Saidina Umar berkata: Doakanlah kesenangan untuk umat tuan. Orang Rom , Parsi tidak beriman, tidak melakukan ibadat,  tetapi mereka memperoleh kesenangan. Kaisar dan kisra menetap di tempat tinggal di taman - taman yang dialiri sungai. Manakala tuan ini pesuruh Allah  hambaNya yang terpilih, tetapi berada dalam keadaan begini?


Pada waktu itu, Rasulullah s.a.w sedang bersandar di atas bantal. Selepas mendengarkan kata-kata umar, baginda s.a.w terus bengkit lalu bersabda


" wahai umar, adakah kamu masih berada dalam keraguan? Kesenangan akhirat jauh lebih baik dari kesenangan dunia. Orang kafir akan memperolehi segala kebaikan & kesenangan dunia, manakala kita akan menerimanya di akhirat nanti"

Lalu, Saidina Umar r.a memohon, "wahai Rasulullah, istighfarlah untuk saya, saya bersalah".



 Apa yang saya tertarik ialah melihat kezuhudan nabi&
 KEYAKINAN NABI S.A.W PADA ALLAH S.W.T.



Jadi, saudara-saudaraku, adakah kita juga ragu pada Allah s.w.t??



Maka, beristighfarlah dan berusahalah ke arah lebih baik.
Masih belum terlambat. Peluang masih cerah. Keampunan dan kasih sayang Allah tersangat luas.


Moga kita semua boleh terhidu bau- bauan syurga dan ditempatkan di sana buat selama - lamanya.


 siapa nak masuk syurga selama - lamanya? Angkat tangan & senyum. 


saya pun nak. Jadi, saya pun lagilah giat kena usaha. sebab saya tahu dosa yang saya ada melebihi muatan saya nak masuk syurga Allah.

 Kalau anda, pasti mudah. Sebab anda baik. Anda lebih taat , kasih dan cinta kepadaNya. Saya pun nak jadi macam anda. Jadi, ajarkanlah saya untuk menjadi diri sendiri . ikhlas & taqwa pun saya masih gagal lagi.
 

selalu saya mintak pada Allah. saya tahu saya gagal lagi menjaga iman saya apatahlagi nak mendapatkan  sifat "TAQWA" .


Bukan mudah nak dapat sifat taqwa? kan?

Jangan ada di hati sifat riyak, ujub, takbur, penyakit hati yang menghalang kita untuk berkasih sayang dengan Allah dengan seikhlasnya.

dan itu juga yang paling saya takut sekali..

dan kalau kita sedar, masih belum terlambat untuk kita terus menerus mohon ampun dari Allah, kan?

wallahualam.
salam muhasabah diri  untuk bangkit semula menjadi seorang hamba yang sentiasa memperbaiki dirinya.


Jum kejar cinta Allah, redhaNya dan syurga.  ^ _ ^


wasalam.

No comments:

Post a Comment