Pages

Saturday, December 15, 2012

Cerpen: Cinta buat Arisa




" Cukuplah papa . Jangan seksa mama lagi. Cukup...  Arisa akan bawa mama keluar dari rumah  ini. Arisa benci papa! Benci! ." Arisa memberontak. Ditenung wajah papanya dengan penuh perasaan dendam yang memuncak.


Arisa!  Jangan pergi tinggalkan papa! ."  Rayu Murad kepada anak perempuan yang disayanginya itu.


"Papa banyak kali halau mama keluar dari rumah ini, kan? Kalau papa halau mama, bermakna papa halau Arisa keluar juga dari rumah ini. Arisa sabar saja selama ini. Papa caci mama sial, bodoh, ba alif ba ya, dan macam - macam lagi. Sampai bila papa nak caci mama? Sampai mama mati ke, papa?," luah Arisa tidak dapat mengawal marahnya. Mata si papa dipandang tepat. Air matanya mengalir deras. Si mama sayu. Kasihan melihat anak kesayangannya itu.


" Anak kurang ajar! Aku beri kau makan , minum, pakaian, kemewahan, berani kau marah aku? .  Aku ni papa kau, tahu! ." jerit Murad. Panas barannya tak pernah reda.
Jeritannya didengari oleh satu penduduk taman. Tidak Malu langsung!


" Arisa tahu tapi papa tak berhak mencaci mama. Papa tak pernah berubah. Panas baran papa menghancurkan kasih sayang semua orang dalam rumah ini. Papa saja yang betul. Papa keluar dengan perempuan lain, kami masih berdiam. Kami sabar. Papa marah mama setiap detik. Hari - hari tak pernah berhenti. Kami  masih sabar. Kali ini Arisa betul- betul tak tahan sabar. Maaf pa. Arisa tetap akan bawa mama pergi. "  


Dia memahut bahu mamanya. Hatinya teramat pilu. Berat hati si Arisa hendak meninggalkan ayah yang dikasihinya, tetapi harus bagaimana, dia mesti keluar membawa mamanya dari rumah neraka itu.


"Sabar, sabar. Jangan menangis lagi Arisa. Kau harus kuat. Kau harus kental . Jangan sekali kau jauh dari Allah. Kalau kau sedih, Allah akan membantu mengubat kesedihan kau. Ujian akan mematangkan kau, Arisa. Lagi Allah sayangkan hambanya, lagi Allah uji. Kau harus berjuang untuk mama! Tapi ......... bagaimana dengan papa? Papa mesti merana juga. Ya Allah, aku sudah tidak tahu apa yang harus aku lakukan . Aku buntu ....."   bisik Arisa perlahan.


JAM menunjukkan pukul 11 malam. Arisa dan ibunya melilau- lilau mencari tempat tidur. "Mana nak pergi, ni. Nak tidur masjid pun, tak berani. Masjid Al-Mukmin itu ada kubur. Takut pulak ..."  ujar Arisa perlahan kepada ibunya. Lucu juga lagatnya. Dalam kesedihan pun, masih lagi boleh melawak.


" Kamu ini, Arisa. Melawak pulak. Apa kata kalau kita tidur di rumah Mak Ngah saja? ." pujuk Zuraidah.


" Rumah Mak Ngah ? Humm , boleh juga. Jom! ," balas Arisa.


WAKTU berlalu begitu saja namun penderitaan di hati tak pernah berlalu. Malah, semakin hari semakin teruji. 


" Usu, Ngah harap Usu bolehlah jualkan tanah Usu yang dekat seberang kampung kita itu. Usu jualkan saja pada Ngah. Ngah tahu Usu pun tak mampu nak kerjakan tanah itu,"  ujar Sapiah kepada adiknya, Zuraidah.


" Ngah.... tanah  itu tanah pusaka. Apa yang Usu nak tinggalkan pada Arisa nanti kalau Usu mati? ."  Wajahnya tunduk sayu. Dia tahu Ngah banyak sangat berjasa kepada dia dan anaknya itu. Dia juga jadi serba salah.


ARISA tahu ibunya itu begitu gelisah. Takut penolakannya menjual tanah tersebut menyebabkan timbul pergaduhan  dengan kakaknya itu, Sapiah.


"Kenapalah tak habis - habis mama menderita? .Semua berani membuli mama. Kenapa...kenapa ....."  bisik Arisa geram.



IMPIAN Arisa untuk menjadi seorang peguam tercapai. Murad sedang sibuk mencari Arisa. Dia merayu memohon maaf kepada isterinya dan anaknya itu. Namun, perangainya itu masih tidak berubah. Sapiah juga malu. Tidak berani lagi untuk menindas adiknya itu.



"Bila kita susah, ramai yang cuba untuk menindas kita. Tapi bila kita senang, ramai pula yang mencari kita. Hidup ini memang teruji, kan mama? ," ujar Arisa sambil memeluk erat ibunya itu.


"Itulah dunia Arisa. Arisa jangan ikut perangai yang tak baik di sekeliling kita. Jangan ada perasaan dendam pada manusia. Setiap kejahatan perlu ditundukkan dengan kebaikan. Barulah Allah sayang, nabi sayang, mama pun sayang Arisa...."
Lembut nada Zuraidah. Matanya meredup. Nampak nilai kasih sayang yang tulus ikhlas terpancar  di wajahnya.


"Mama, walaupun mama dah berpisah dengan papa, tapi mama jangan sedih. Arisa kan ada ... Arisa tak akan tinggalkan mama ...."  Air matanya tiba-tiba tumpah.  "Arisa janji selagi Arisa hidup, Arisa tak akan biarkan mama disakiti lagi ".   Tambah Arisa lagi.



" Mama sayangkan Arisa. Mama pun tak akan tinggalkan Arisa. Selagi mama hidup, selagi itu mama akan jaga Arisa ". Zuraidah memengang erat jari - jemari Arisa.


"Mama janji, ya? Janji jangan tinggalkan Arisa ". Arisa dah tak ada siapa - siapa dalam dunia ini. Papa pun dah ada isteri lain, anak - anak lain. " Rintih Arisa. Dipeluk ibunya erat. Pipi mamanya dicium dengan penuh kasih sayang.



 "Arisa dah kena cari jodoh. Arisa bukan muda lagi. Nanti senanglah ada orang yang boleh jagakan anak mama yang tersanyang ini. "  Lembut tuturan kata Zuraidah membuatkan Arisa tersipu- sipu malu apabila disebut mengenai jodoh.



"Mama, jodoh itu ketentuan Allah. Bukan senang nak cari lelaki yang baik zaman sekarang ini. Baik single daripada dapat laki yang tak baik." balas Arisa. Melalui pengalaman hidup yang dilaluinya , sangat membuatkan dia menjadi trauma. "Lelaki? Suami?  Kalau panas baran, kaki perempuan, kaki mabuk, tak naklah aku..." bisik Arisa perlahan.


"Kenapa , Arisa? Trauma? Takut jadi macam mama? Arisa... itu ujian. Ujian yang Allah hadirkan pada kita. Mungkin kita derita seketika, kalau kita sabar, in sya Allah, kebahagiaan akan datang juga pada kita. Allah kan Maha Adil. Allah juga Maha Pengasih, Maha Penyayang.  Arisa tak percayakan Allah ke?   Ingat pesan mama, ujian menjadikan kita orang yang lebih kuat, dan istimewa . Janji kita sabar. Jangan sekali berprasangka buruk pada Allah , ya sayang? ."   Panjang lebar ibunya bicara. Arisa kagum dengan mamanya. Walaupun hidupnya sentiasa diekori dengan derita, tetapi mamanya itu tak pernah  berprasangka buruk pada Allah. Sabar dan redha dengan ujian yang Allah berikan. 



"Hebatlah mama ini. Arisa nak jadi hebat macam mama. Orang yang hebat adalah orang yang sabar dan ikhlas dalam menerima ujian Allah, kan mama..." ujar Arisa dengan penuh bersemangat. Puan Zuraidah mengangguk. Dicum dahi anaknya itu dengan diiringi senyuman manja.


PENYAKIT tumor otak yang dialami oleh Zuraidah dirahsiakan daripada pengetahuan Arisa. Kerapkali Zuraidah diserang sakit kepala yang berterusan diikuti dengan loya dan muntah. 


"Puan, puan harus menjalani rawatan. Kalau tidak ......" Kata-kata Dr. Amar terhenti. Zuraidah memahami maksud Doktor Amar. "Doktor, penyakit ini memang sudah kritikal, benar? ,"  tanya Puan Zuraidah. 



 "Ya. Tapi puan tak boleh berputus asa...." pujuk Doktor Amar.


 "Baiklah. Tapi Doktor harus merahsiakan penyakit saya ini daripada anak perempuan saya, Arisa. Saya tak nak Arisa susah hati."   terang Zuraidah.


"Kenapa puan? Arisa kan anak puan. " tanya Doktor Amar sekali lagi.


" Arisa dah banyak menderita. Baru sahaja hidupnya aman dan bahagia setahun lebih ini. Saya tak nak dia sedih mendengar tentang berita ini."  jawab Zuraidah.


"In sya Allah, puan. Jagalah kesihatan puan. Puan pun jangan berputus asa. Saya akan bantu sedaya upaya saya dengan izin Allah, ya puan."   Puan Zuraidah mengangguk. "Kasihan Arisa. Jaga dia Ya Allah..., " bisik Puan Zuraidah di dalam hati.
 


Jam menunjukkan pukul 5 petang.  Arisa menerima panggilan mendukacitakan.


"Assalamualaikum. Cik Arisa, maafkan saya. Cik Arisa di mana? ."


"Waalaikum salam. Siapa ni. Tiba-tiba tanya. Awak siapa? Saya di Singapura. Sedang berkursus seminggu di sini. "


" Saya Doktor Amar. Maaf. Saya ada berita buruk . Mama Cik Arisa dah tak ada....."  Semakin lama semakin perlahan suara Doktor Amar. Berat hati hendak menyampaikan khabar berkenaan.


"Apa?  Kenapa dengan mama? Hospital mana? ," tanya Arisa.


" Di rumah Cik Arisa. Kami sudah membawa pulang jenazah mama Cik Arisa, " jawab Doktor Amar.


DIRATAPI wajah ibunya. Air matanya tidak henti - henti mengalir.


"Mama..... Mama dah janji tak akan tinggalkan Arisa. Mama ......................... Mama............... Jangan tinggalkan Arisa. Arisa tak kuat tanpa mama. Mama, bangun mama, bangun! ......"  teriak Arisa membuatkan semua tetamu di situ turut terdiam. 



SUDAH tiba masa seorang hamba kembali kepada Pemiliknya. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.  


" Orang yang hebat ialah orang yang sabar menghadapi ujian hidup."  Lamunan Arisa terhenti dengan kata - kata berkenaan. "Macam biasa dengar ayat ini. Siapa pulak yang cakap ini. Ini ayat yang selalu mama ujarkan. Tak kan papa...." bisik Arisa di dalam hati. Badannya dipusing. Kelihatan seorang lelaki tampan.  Segak dengan baju kemaja hijau. "Oh! Doktor Amar rupanya".


" Semakin Allah uji, semakin Allah sayang. Kamu kuat, Cik Arisa. Macam mama kamu. Kamu kena Sabar dan ikhlas. Tambahan lagi, jangan berprasangka buruk pada Allah. Allah tak akan membebankan kita dengan ujian yang tak mampu, "  tambah Doktor Amar lagi.


" Baiklah Ustaz Azhar."  jawab Arisa. Kata- kata yang diucapkan oleh Doktor Amar sangat memberikan suntikan semangat kepadanya. Tambahan pula, ayat berkenaan ayat yang selalu dilafazkan oleh ibu kesayangannya itu, Puan Zuraidah.



"Eh. Saya Doktor Amar, bukan Ustaz Azhar. Ada- ada aja awak ni". Lamunan Arisa kembali terhenti.


 "Cik Arisa, saya mahu melamar Cik Arisa. Saya janji saya akan membuatkan Cik Arisa bahagia. Cik Arisa tak akan menderita lagi. Saya banyak berkongsi cerita dengan mama Cik Arisa. Cik Arisa memang anak yang baik. Saya sudah tahu latar belakang Cik Arisa. Apa yang penting, sebelum arwah mama Cik Arisa meninggal, saya pernah berjanji saya akan jaga Cik Arisa,"  terang Doktor Amar bersungguh - sungguh.


"Arghhh? Arwah mama pesan suruh jaga saya. Bukan kahwin dengan saya. " jawab Arisa bersahaja. Terkejut dengan lamaran Doktor Amar. "Baru seminggu berjumpa, sudah masuk melamar? Biar betul doktor ini. Boleh percaya ke?" desis hati Arisa.




 "Ya. Saya yakin. Sejak saya mengenali awak daripada perkongsian arwah Puan Zuraidah. Hati saya memang hendak sangat mengenali Cik Arisa dan memperisterikan  Cik Arisa. Sudilah terima saya...."  Doktor Amar penuh mengharap.  Kata - kata itu didengari oleh setiap ahli keluarga Puan Sapiah. Rumah yang riuh itu tadi menjadi sepi seketika. Senyap mendengar  Doktor Amar dan Arisa  berbicara. Arisa lama terdiam.


" Saya terima kerana awak pun telah menjaga arwah mama saya sebelum dia meninggal. Awak dah kenal arwah mama dan keluarga saya. Cuma saya saja yang tak berapa menganali awak lagi. Tapi awak mesti janji,  awak mesti jadi macam  mama  yang akan selalu jaga dan melindungi saya."  Ujar Arisa.


" In sya Allah, Cik Arisa binti Murad. Saya akan tunaikan. Selepas ini, air mata awak tak akan tumpah lagi ...." Sejemput senyuman dilemparkan kepada Arisa. Arisa memandang tepat wajah Doktor Amar dengan penuh bermakna.
"Macam tak percaya je. Aku nak kahwin sudah ? . Mama........." panggil Arisa.


" Tipu. Kalau tumpah juga?,"  tanya Arisa tidak berkesudahan. Sengaja menguji Doktor Amar.


"Kalau tumpah juga, saya akan lapkan, Cik Arisa. Saya akan keringkan air mata Cik Arisa. In sya Allah! Saya tak akan ingkar janji!  Saya cakap depan semua ahli keluarga terdekat Cik Arisa ni, masih tak percayakah?."   


Arisa hanya menggangguk.  " Rugi kalau tak terima Doktor Amar. Sudahlah tampan, baik, sopan pula...." bisik Arisa sendirian.
 

"Sudikah?. " tanya Doktor Amar kembali.



Errrrrrr.........  "Malulah semua orang tengok. Gentleman sungguh Ustaz Azhar ni. Eh! silap. Doktor Amar." desis hati Arisa.


DALAM derita , lambat - laun akan ada bahagia. Manisnya hidup ini andainya setiap ujian yang diberikan kepada kita dapat ditangani dengan hati yang redha dan ikhlas. Bukan mudah untuk menjadi sabar, redha dan ikhlas, bukan?  Benar, tetapi tidak mustahil. Yakinlah,  Allah akan membalas kebaikan hambaNya yang sabar dan tetap taat kepadaNya. Semakin diuji, semakin diangkat darjatnya di sisi Allah. Apa yang penting?  Ya. Bukan kerjasama. Tapi sabar dan ikhlas. Ikhlas dan redha. In sya Allah semuanya akan selamat. Jadilah hamba yang erat dengan Pencipta. Hablum minallah. Wahablum minan nas.

- TAMAT- 



Nukilan: asyiqazhad.blogspot




Motivasi untuk diri sendiri untuk terus berazam : 
Berazamlah kamu untuk menyampaikan  kepada ummah. Tak kira lapang mahupun sempit. Ingat tokoh tokoh terdahulu , banyak menulis. Sibuk juga dengan urusan dakwah. Mesyuarat di sini sana. Pulang mengkaji , teroka ilmu, menulis untuk ummah.  Masih ada masa untuk menulis buku, kitab, dsbgnya. Hebatnya! 

Walau kita tak sehebat mereka, tapi kita buatlah apa yang kita terdaya. 

Walaupun usaha kita kecil, tak seberapa, tetapi setiap perkara yang kita buat , malaikat akan catat dan Allah hanya akan menilai apa yang kita lakukan untuk ummah. Tak kira kecil tak kira besar.


Apa yang penting. Innamal a'malu binniat. Betulkan niat . kena Ikhlas.
wallahualam.


 

2 comments: