Pages

Sunday, April 21, 2013

sajak buat PEJUANG:

salam jam 4.30 petang. ahad. 21/3
terdetik aku nukilkan dua buah sajak kepada teman seperjuanganku.
In sya allah . untuk diriku dan mereka. kerna allah dan Rasul aku bertinta.
demi menyahut seruan dakwahmu....



Sajak “salam buat Pejuang”

Salam buat pejuang?
Apa khabar imanmu pada hari ini?
Solatmu, zikirmu, selawatmu, dhuhamu, tahajudmu ...
Adakah terpelihara seiring dengan urusan dakwahmu?

Salam buat pejuang?
Apa khabar dirimu?
Kuatkah kamu menempuh ujian yang acapkali datang padamu..
Saban hari semakin teruji ...
Saban hari hasil dakwah semakin tidak menjadi
Mad’u pula berkeliaran lari....
Adakah kau masih bersemangat dengan meneruskan dakwah ini?

Wahai pejuang .....
Ujian ujian ujian
bisa membuatkan kita menangis dan berpaling
pesananku buat pejuang
Kalau kamu tidak kuat kerna Allah dan Rasulullah
Kamu akan jatuh .. jatuh...jatuh  dan jatuh ....

Maka wahai pejuang ......

Mutiara Kata:
Buat  pejuang yang berjuang kerana Allah dan Rasul.....
“Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya,"Sampai bila kau akan melelahkan diri?" Dijawab daie dengan pasti,"Sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)."


 
Satukanlah ikatan ...
Eratkanlah tali bulatan
Tumpaskan bisikan syaitan
Kuatlah demi Allah dan Rasulullah
Kuatlah demi Allah dan Rasulullah
Kuatlah demi Allah dan Rasulullah...



Sajak “Dakwah Dakwah Dakwah”

Dakwah Dakwah Dakwah?
Ada apa dengan dakwah?
Kenapa aku memilih jalan dakwah?
Ku bisukan kalam
Monologku berbisikkan..
Ya. Aku sangat letih.
Letih bermain dengan dakwah dakwah dakwah...
Tapi .
Aku inginkan peristitirehatan terbaik
Ya..
Aku inginkan peristirehatan di syurga....

Dakwah Dakwah Dakwah
Allah dan Rasulullah pemangkin kekuatan
Berdiriku keranaNya
Jatuhku seketika sahaja
 Tamparan muhasabah cintaNya
Melatih aku berjalan dan terus berjalan
Ku sapukan air mata dan bertahan
Demi menyahut seruan dakwah dakwah dakwah

Dakwah Dakwah Dakwah
Panggillah aku
Jangan kau tinggalkan aku sepi tanpamu
Aku sedia’
Aku rela menemanimu
Demi cintaku kepada Allah dan Rasululku


Nukilan: asyiqazhadyandhaif

2 comments:

  1. alhamdulillah, terima kasih atas coretan yg dapat mengalirkan airmata ini. Bila dibaca, dihayati dengan hati maka bisa buatkan diriku terkesima dalam memperjuangkan hidup yg penuh dengan ujian yang tiada henti hingga nyawa dijemput pulang menghadap ILAHI.. Teruslah menulis kerna bukan semua org dapat menyentuh hati org yg membacanya.. Moga Allah merahmati dan hidupmu diberkati.

    ReplyDelete
  2. syukran jazilan atas doamu sis jaja. salam ukhuwah.

    ReplyDelete