Pages

Monday, February 4, 2013

NASIHATKU:


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalammualakum iman .

Apa khabar ?
sihatkah iman hari ini?
Apa kahabar iman?
bertemu tidak dengan Al-qur'an hari ini?
tafsirannya dibaca atau tidak ?

Iman...?
bagaimana dengan tahajudmu minggu ini ?
adakah segar setiap malam?
Letih ...?
kenapa letih, iman ....?
bukankah tahajud itu penguat  bagi kamu  ...

Apa khabar iman ...
bagaimana dengan hatimu?
adakah kamu telah membersihkannya awal pagimu sebelum melakukan aktiviti harianmu?
kamu kata hatimu kotor?
mengapa tidak dibersihkan ?
jangan dibawa hati yang kotor hari ke hari ..
maka nasihatku kepada iman, 
gilaplah ia ...
bersihkan ia,
sucikanlah ia
supaya imanmu tidak sakit.

Iman ..
tatkala sujud pada Ilahi ...
apa yang kamu rasai ...?
kosong? 
tiada pengertian ?
tiada zouq ?

kamu tanya pada diri kamu iman ?
apa yang kamu lakukan pada imanmu ?

kamu tanya pada diri kamu iman?
apa yang kamu lakukan pada imanmu?

kamu telah meminggirkan ia ?
kamu telah menyisihkan dia?
kamu telah memulaukan dia?

dan aku yakin, kau akan mencarinya ...
di mana ...?


Di saat engkau benar-benar kesusahan, dan tiada tempat untuk engkau bergantung.

Maka, pada tika itulah baru engkau mencarinya
engkau akan berteman dengannya
Engkau akan menatangnya dengan baik ...

Air mata akan tumpah
Rasa zouq akan sampai.
sentuhan akan hadir 

di saat itu ..
barulah Engkau merasa manisnya pelukan rahmat dari Yang Maha Kasih ..



Nasihatku :
janganlah engkau terleka dengan dunia yang sementara, 
engkau mengambil kepentingan darinya
Engkau menyisihkan DIA ...
pabila terngadah baru Kau datang mencariNya
jadilah orang yang sentiasa bersyukur 
diberi atau tidak tetap sujud kepada Allah
diberi atau tidak amalannya tetap berpanjangan di sisi Allah .
Nasihatku:
Jadilah orang yang merendahkan hatinya pada Allah, pada manusia, 
tidak ada kerugian pun yang datang, bahkan perhatian Allah dan penduduk langit yang akan datang  ,
Ikhlaskan hati , sucikan diri, dengan taubat keampunan mengharap maghfirah dari Tuhan
Hidup kita cepat bergelumang dengan dosa, maka jangan engkau merasa pula engkau mulia , sedangkan tidak rugi apa - apa andai engkau bertaubat padaNya .
Dunia sementara, kampung akhirat kekal abadi .
syurga akan dibuka pada mana - mana pintunya .
siapa mereka apa amalan mereka kunci syurga itu di tangan DIA
layakkah diri memasuki syurga, andai di hati riak bermaharajalela
layakkan diri berteduh di dalam taman syurga, andai di hati tidak ada rasa cinta pada NYA,
Layakkah diri memasuki syurga, 
andai di hati , banyak pada dunia, lupa kepada mati dan akhirat selamanya?
Layakkan diri mendapat syurga, 
andai di dalam solat penuh kelalaian ?



Layak atau tidak layak ?
Bukan persoalannya?
tetapi .....



kesedaran ..

keinsafan ......

perubahan ...

tercetus amalan .....


sebelum ditiup sengkakala,
dijemput malaikat izrail, disoal mungkar nakir

hisablah diri dan amalan 
sejauh mana kecintaan kita untuk bertemu denganNya

Jika kita cinta untuk bertemu denganNYA, maka Allah pun cinta utk mmbawa kita bertemu dgnNya ~


Moga kita semua merasakan nikmat yang paling indah di saat bertemu denganNya...~


WALLAHUALAM.

ASYIQ.COM




No comments:

Post a Comment