Tuesday, February 4, 2014

Buatlah apa yang mampu.

Salam warahmatullah.

Hidup. Dunia. Ya. Kdg tewas dgn dunia. Mengapa? lemahnya iman, rapuhnya Cinta.

kali ni, sy bercuti panjang. Berehat seketika. Tanam anggur yg tiada hasilnya. Rezeki yang diberi melalui penulisan sedikit sebanyak  dapat juga menampung kesesakan hidup sementara menanam anggur ni..

Bercuti sambil memanfaatkan masa u menjadi diri dan mengenal diri sendiri.

Pesanan u mereka yg menulis.

Seperkara yang sangat penting ialah 'ikhlas'. Kalau kita mudah kecewa dgn kegagalan dan terus berhenti , cuba tanya hati, berhenti kerana apa? andai kita benar-benar cinta, walaupun kita gagal mendapat perhatian manusia dgn penulisan kita,  kita akan terus berjuang. Berjuangnya kita untuk mendapat perhatian dan cinta Allah dan Rasulullah.

^ ^

Kita harus sedar bahawa dunia ini semakin ketandusan nilai agama. Pengaruh media yang negatif terlalu membawa punca keruntuhan akhlak generasi-generasi muda mahupun tua. Jadi, perbanyakkan lah sebaran media dakwah daripada sebaran pengaruh media yang negatif.    ^_^


Menanti ilmu mencukupi, andai kita mati lebih dahulu, bagaimana?  ^ _^

Ada manusia ini jadikan ilmu untuk bersaing, ada yang untuk dijadikan bahan hujjah, dan  untuk ketinggian diri, ada juga yang menjadikan ilmu agar manusia menyeganinya, ada juga yang menjadikan ilmu supaya dirinya diangkat dan lain-lain. Yang paling sedih, menyesatkan  ilmu untuk kepentingan diri dan sesuatu organisasi.

Ada juga yang lebih tinggi ilmu apabila yang kurang ilmu berkata tentang agama, mereka mengherdik. Mereka mempersoalkan untuk mendedahkan diri mereka lebih berilmu.

Kalau kita tinggi ilmu, pasti tinggi juga adabnya. Apalah salahnya andai kita membantu orang yang kurang ilmu. Kita bantu dia , jelaskanlah ilmu berkenaan atau tambahkanlah apa yang kamu tahu.

Adab orang berilmu kena jaga, ilmu tanpada adab tak ada maknanya. ^ _^



Saban hari, gejala sosial semakin meningkat. Kadar wanita hamil tanpa nikah terlalu ramai. Kes pembunuhan semakin berleluasa. Akhlak remaja dengan ibu bapa, guru , orang-orang tua semakin menipis.

Kita dengar dan boleh melihat saja?

Tiada jadi pada kita dan keluarga kita mungkin. Sebab itu Kita tak peduli masalah ummah.



Jadi, berdakwalah. Berdakwalah untuk menambat hati Allah dan Rasulullah.
Walau dunia memperlekeh, walau dunia tidak melihat,
yakinlah bahawa Allah maha melihat. Allah takkan menzalimi hambaNya apatah lagi yang berbuat kebaikan.


Yakinlah dgn satu firman Allah dalam Surah Al-bayyinah. Ayat terakhir 7-8.

Org2 yg beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka adalah sebaik-baik makhluk.

Balasan yg diberikan disediakan syurga di bawahnya sungai yg mengalir. mereka kekal selama-lamanya. Allah reda pada mereka dan mereka redha kpdNya. itulah balasan bg mereka yg takut akan Tuhannya.
(Rujuk/semak kembali maknanya)
Muga Allah redha. Cukuplah dgn redha Allah. Mungkin x terjamin bahagia di dunia, namun mudah-mudahan di sana kita memperoleh bahagia.

Wasalam. Hamba yg daif.


Sunday, February 2, 2014

CERPEN: PELANGI





"Aku rindu Allah. Aku rindu Allah. Terasa setiap detik bersamanya merupakan saat-saat yang begitu indah. Tak dapat aku gambarkan indah yang bagaimana. Tetapi, memang indah dan mengasyikkan. Selalunya aku lalai daripada mengingatiNya dan kekerapan mengingati akan dunia menyebabkan aku jauh daripadaNya. Allahurabbi!".  luah Humairah, bermonolog dengan diri sendiri. Angin yang bertiup dirasakan dengan begitu nikmat dari Allah Ar-Rahman. Humairah mendongak ke arah langit yang indah kebiru-biruan sambil menghirup udara yang segar, ditenung ke arah ciptaanNya itu, lantas lamunannya mendorong bibirnya mengucap kalimah "Allah", "Allah", "Allah". 
Agungnya dirimu, Tuhan. Betapa besarnya kurniaanMu, betapa indahnya setiap ciptaanMu. Terima kasih duhai kekasihku kerana memberi aku peluang untuk menikmati keindahan ini". 



"Humairah, assigment dah siap? Bahan untuk presentation esok dah sediakan?". soal Wardah mematikan lamunan Humairah, rakan baiknya.


"Belum." jawab Humairah pendek tetapi begitu tenang.


"Humairah, kenapa belum siapkan. Esok dah nak bentang, kan?". 


"Wardah...... Humairah baru saja nak merehatkan fikiran sebentar. Tadi, baru selesai tugasan assigment En. Syafie. Dah banyak dah sebenarnya kita berhabis masa untuk tugasan di dunia sehinggakan kadang-kadang kita terleka untuk bertafakur padaNya. Bayangkanlah 24 jam waktu yang Allah pinjamkan pada kita, berapa minit sahaja yang kita habiskan untuk bersama-sama denganNya. Berapa minit saja masa yang kita manfaatkan untuk mensyukuri segala nikmatNya?...." ujar Humairah dengan penuh bermakna. 



"...........Err.....err.....Allahurabbi! Terasanya, ya ukhti.. Benar kata-katamu. Kita sering terleka dengan kesibukan dunia menyebabkan kita jauh dari Allah. Sedangkan Allah tak pernah berjauhan dengan kita. Tak pernah lepas perhatiNya pada kita. Setiap kesenangan yang kita nikmati terkadang melupakan kita untuk mendongak ke atas lalu mensyukuriNya, namun apabila kita ditimpa musibah, barulah kita mendongak ke atas mencariNya", balas Wardah dengan nada kesal.



"Sungguh bagaimanapun, Allah tetap bersihat Ar-Rahim. Bermacam-macam rupa dan perangai kita yang dilihatNya, tetapi Dia tetap sayangkan kita. Masih lagi beri peluang untuk kita kembali bertaubat padaNya." Humairah menutur kalam sambil ingatannya merindukan Pencipta.



"Oh ya, Humairah teringat akan Sabda Nabi s.a.w, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)". 


"Ish .. ish .. ish....yang terlupa itu wardahlah. Yang kurang zikirnya itu Wardah juga." ucap Wardah dengan nada sayu.


"Humairah juga. Sebab itu Humairah berkata demikian. Kata-kata yang terluah itu untuk hati sendiri juga yang sedang goyah". balas Humairah sambil mengelap matanya yang mula bergenang dengan air mata.


 "Assalammualaikum... Assalamualaikum". Kelihatan Zahra terpacak berdiri di belakang Humairah sambil menghulurkan salamnya.



"Waalaikum salam. Aik Zahra. Dari mana datangnya? cantik baju...." soal Humairah.



"Dari program maulidurrasul.. Hari ini je cantik. Baju yang selalu Zahra pakai tak cantik eh?", soal Zahra mengusik Humairah.


"Cantik. Tapi hari ini jauh lebih cantik. Tapi lebih cantik lagi akhlaknyalah dari bajunya............" tutur Humairah lembut.


"Errrrr.................malu dibuatnya. Janganlah puji sangat. Akhlak tak setara mana pun..".


"Seeloknya, Zahra ucapkan doa ini. Doa ini yang diucapkan oleh Saidina Abu Bakar apabila beliau pernah diupuji oleh orang lain di hadapannya. Ingatan untuk Wardah juga dan sahabat yang lain.



اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ

Allahumma anta a'lamu minni bi nafsiy, wa anaa a'lamu bi nafsii minhum. Allahummaj 'alniy khoirom mimmaa yazhunnuun, wagh-firliy maa laa ya'lamuun, wa laa tu-akhidzniy bimaa yaquuluun.

[Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka] (Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4: 228, no.4876. Lihat Jaami'ul Ahadits, Jalaluddin As Suyuthi, 25: 145, Asy Syamilah)


"Syukran Ya ukhti. Untungnya Zahra punyai sahabat-sahabat yang solehah, yang baik-baik pekerti. Bertuah betul Zahra........" ucapnya sambil melemparkan senyuman kepada sahabat-sahabatnya.


"Zahra, kamu baru balik dari program maulid kan? Cuba kamu kongsikan pengisian yang disampaikan oleh ustaz?" pinta Humairah dengan bersungguh-sungguh.




"Urmmm. Pengisian Ustaz mampu menambat rasa rindu pada nabi s.a.w. Antara kalamnya, " siapa yang cintakan nabi, maka hendaklah dia membuktikan cintanya pada nabi. Kita duduk marhaban, selawat, berzanji, tapi kita tak faham, kita tak hayati. Puas kita keluarkan suara nyaring kita untuk berzanji, bermarhaban, tapi kita tak tahu kisah nabi, kita tak kenal nabi dengan sebaik-baiknya. Kita sayang nabi, tapi berapa peratus sahaja sunnahnya yang kita ikuti. Cinta tak hanya diungkap dengan kata, aku cinta nabi, tapi ambillah ibrah daripada sahabat-sahabat nabi yang cinta pada nabi. Mereka yang cinta pada nabi tidak hanya menutur kata mereka cintakan nabi tanpa mereka buktikan. Mereka ikut nabi berjuang, tidak hanya perhatikan nabi berjuang. Mereka turun ke medan perang untuk bersama-sama nabi dan ada di antara mereka sanggup berkorban nyawa untuk nabi ketika nabi diserang oleh puak musuh. Andai benar cintakan nabi, mengapa tidak kita menyambung amanat perjuangan nabi..........Masih banyak lagi yang ingin dikongsikan, tetapi masa tidak mengizinkan. Bersiap-siap jum untuk solat maghrib berjemaah".



* * *


"Humairah! Humairah!" jerit Zahra sambil memangil- manggil Humairah. Ketika itu, Humairah baru selesai menunaikan solat berjemaah di Surau Blok A. Tercungap-cungap melihat Zahra yang penat berlari dari blok B. 


"Kenapa Zahra? Kenapa menjerit-jerit ni?"

"Sara............ Sara..... Sara nak terjun bangunan. Lekas! Mari dapatkan Sara!"

Sejadah tak sempat dilipatnya. Semua para jemaah turut serta menuju ke blok B, ingin menyaksikan apa yang berlaku. Termengah-mengah dibuatnya sebab terpaksa menaiki tingkat 4.
Humairah tercari-cari Sara. Mana Sara? Dilihatnya Sara di hujung bangunan, berdiri sambil menangis teresak-esak. 

"Pergi dari sini! Pergi! Pergi! Aku tak nak lihat korang semua! Pergi!!!" Jerit Sara.

"Sara......mari sini Sara. Ingat Allah, Sara. Jangan terjun!" ucap Humairah memujuk Sara yang seperti sudah hilang kewarasannya.


"Sara.. Jangan buat begitu. Allah masih sayangkan Sara. Jangan sia-siakan hidup Sara."


"Aku kata jangan dekat! Kalau korang dekat, aku terjun!"


"Sara, Sara tak kasihan ibu dan ayah Sara ke? Tolong Sara, bawa bertenang, ingat Allah, Sara. Ingat Allah!"



Pujukan demi pujukan akhirnya berjaya melembutkan hati gadis kecil molek itu, Sara. Dipeluknya Sara erat. "Sabar, Sara! kami sayangkan Sara!". Humairah terus menerus memujuk Sara yang begitu sedih dengan ujian yang menimpanya. Apabila dilihat Sara sudah reda, barulah ditanyakan tentang sebab kesedihan yang menimpa Sara.


"Sara benci dengan kehidupan! Sara benci!" luah Sara dengan nada geram. 


"Apa yang berlaku, Sara?" Humairah memandatang tepat ke arah Sara.


"Sara sedih. Sara tertekan. Ibu di wad memerlukan rawatan. Ayah Sara masih tak ubah dengan perangai teruknya, berjudi. Sara nak jaga ibu di wad, tapi Sara takut terserempak dengan ayah. Ada suatu hari, Sara pulang ke rumah dan Sara terdengar perbualan ayah dan rakannya. Ayah berhutang dan untuk melunaskan hutangnya, ayah berhasrat untuk menjual Sara. Sara takut dan benar-benar tertekan."  Masalah itu didengari dan diamati oleh Humairah, Zahra dan Fatimah. Mereka begitu tidak menyangka akan perihal yang menimpa ke atas rakannya itu.


"Sara, tentang ibu Sara, Sara jangan risau. Kami akan bawa Sara jumpa ibu Sara di wad. Kita akan minta pertolongan dari sahabat-sahabat muslimin untuk temankan kita ke sana. Perkara ini sepatutnya diadukan kepada pihak polis.  Biar mereka yang menguruskannya untuk keselamatan Sara terutamanya. Kami akan temani ke balai polis untuk membuat laporan, kemudian kita ke hospital melihat ibu Sara. Sara jangan sedih, ya. Kami sentiasa ada untuk Sara."

* * *

Dibuka pintu bilik hospital dengan lutut yang tidak bermaya. Air mata mengalir tidak henti-henti dari kelopak mata Sara. Ditariknya kerusi dengan lembut, lalu diduduknya dengan perlahan. Diamati wajah tenang ibunya yang sedang nyenyak tidur. Digenggam tangan ibu yang melahirkannya sambil membisikkan sesuatu.


"Ibu.. Sara dah datang. Bangun ibu. Ibu mesti rindukan Sara. Sara pun rindukan ibu........"


Tangisannya itu hanya dilihat oleh Humairah, Zahra, Zaid dan Haris. Sesekali, jatuh juga air mata mereka yang memerhatikan kesayuann sahabatnya itu.


"Ibu, Sara datang. Ibu bangunlah.........Ibu.... Ibu kena kuat! Sara sayangkan ibu! Sara tak nak kehilangan ibu! Sara sayangkan ibu!"


Sara keluar dengan begitu sedih. Hampa dia melihat sekujur tubuh yang begitu disayangi terlentang di atas katil. Masih tidak sedar. Zahra pula menggantikan tempat duduk Sara. Ditenungnya wajah ibu Sara dengan penuh kasih-sayang lalu dibisikkan sesuatu ke telinga ibu Sara.


"Mak cik.....mak cik kena kuat. Mak cik kena bangun. Sara perlukan mak cik. Sara perlukan mak cik sebagaimana seorang anak memerlukan seorang ibu. Mak cik...............". Bisik Zahra di telinga Ibu Sara dengan penuh harapan agar dia bisa sedar.


"Zahra... Sudahlah. Lebih baik kita buat solat hajat agar diberikan kesembuhan ke atas ibu Zahra."pujuk Haris pula, sahabat muslimin yang menemani mereka.


* * *

"Sara, lagi satu jam kita akan hadapi peperiksaan. Kita kena pulang. Sekejap saja, nanti kita datanglah balik jenguk ibu, ya?" pujuk Humairah pada Sara.


"Sara tak boleh tinggalkan ibu. Doktor kata ibu sedang tenat. Sara takut nak tinggalkan ibu" rintih Sara sambil menangis. 


Ya Allah. Hibanya aku melihat seorang temanku ini. Hebatnya tarbiyahmu padanya. Kau ringankanlah bebannya. Kau kuatkanlah dia. Kau sembuhkanlah ibunya. Monolog Humairah sendirian.  Gugur juga air mata yang ditahan olehnya kerana terlalu sedih melihat keadaan Sara seperti itu.


Aku tak boleh menangis depan Sara. Aku kena jadi penguat untuk Sara. Aku kena menceriakan Sara. Aku tak boleh menangis depan dia! Monolog Humairah sendirian, cepat-cepat dilap air mata yang kelihatan bergenang.



"Sara. Kita pergi sekejap saja ya. Lepas periksa, kita balik semula ke sini. Sara kena masuk periksa. Sara kena lulus periksa dengan jayanya. Ibu Sara mesti nak Sara lulus dengan cemerlang." pujuk Zahra pula.


Pujukan rakan-rakannya membuatkan Sara lemah lalu pulang ke universiti bagi mengambil peperiksaan. Peperiksaan akhir menentukan sama ada dia bisa bergraduasi atau tidak. Nota-nota yang disediakan khas buat Sara menjadi hafalan dan bekalan Sara untuk memasuki peperiksaan. Selama berbulan-bulan mereka itu terpaksa berulang - alik ke hospital. Sara tidak bersendirian, susah senangnya bersama-sama dengan kedua rakan baiknya itu, Zara dan Humairah.

* * *

Kring!!!! Kring!!! Loceng tamat peperiksaan dibunyikan. Zahra, Sara, Humairah dan beberapa rakan muslimin bergegas kembali ke hospital mendapatkan ibunya.


Jantung Sara berdebar-debar. Hatinya gundah takut-takut kehilangan ibunya yang begitu disayangi. Pintu lif terbuka lalu ditekannya butang aras 3. Sampainya Sara ke aras 3, doktor menuju ke arah Sara.


Jantung Sara semakin berdegup pantas. Debaran semakin memuncak. Adakah doktor ingin memberitahu bahawa ibu dah tiada? Desis hati kecil Sara. Muka Sarah pucat.


"Cik Sara, ada berita gembira. Ibu Cik Sara dah sedar. Semuanya dengan izin Allah. Tak lama lagi, Ibu Cik Sara sembuhlah. Sekarang, Cik Sara dan rakan-rakan boleh masuk tengok ibu.." kata Dr. Razman sambil tersenyum ke arahnya.


Alhamdulillah! Ucap rakan-rakannya yang berdiri sedikit jauh dari mereka berdua.


"Ibu.....Alhamdulillah, ibu sudah sedar....." luah Sara sambil memeluk ibunya.


"Sara... ibu akan berjuang untuk Sara. Ibu akan terus berjuang untuk melihat Sara lagi..." bisik ibunya sambil mengelap air mata Sara yang mengalir.


"Terima kasih ibu. Terima kasih kerena ibu masih mampu bertahan untuk melihat Sara di atas muka dunia. Sara takkan sia-siakan ibu. Sara akan jaga ibu sebaik-baiknya. Sara akan buat ibu bahagia." Janji Sara bersungguh-sungguh. Pengalaman pahit kehidupan yang dilalui bersama ayah tirinya itu begitu sukar dilupakan. Saban hari, dia terpaksa melihat ibunya dimaki hamun, dipukul, diseksa. Setelah dilaporkan perihal ayah tirinya kepada pihak polis, hatinya menjadi lega dan terasa lebih selamat.


* * *


"Segalanya yang datang dari Allah itu tiada yang mustahil. Pasti akan ada sinar bahagia di akhirnya. Selagi kita bersangka baik dengan Allah, selagi itulah kita akan menjalani kehidupan dengan suasana yang positif. Betapa mahalnya harga keyakinan dan pergantungan yang teguh dari seorang hamba terhadap Pencipta. Sukar didapati, tetapi mudah dicari apabila teruji."

-Ukhti Humairah-



"Persahabatan itu benar-benar berlaku pabila di dalamnya penuh dengan pengorbanan. Pengorbanan itu lahir dari jiwa insan yang berkasih-sayang untuk mengharap redhaNya. Kita tak akan temui 'sahabat' bila mana kita senang, tapi kita akan temui sebenar-benar 'sahabat' pabila kita mengalami kesukaran. Harta, kemuliaan, lebih disayangi oleh seorang rakan tapi bukan pada 'sahabat'. Sahabat yang baik ialah mereka yang memiliki sifat 'solamatus - sodri" dan itsar. Berlapang dada dan melebihkan sahabat dari dirinya sendiri.
-Ukhti Sara-


"Ibu ialah insan yang benar-benar penting dalam hidup kita. Hilangnya ibu atas muka dunia, maka hilanglah satu doa yang cukup mulia dan mustajab. Selagi mana kita punya ibu, selagi itulah kita beruntung, kerana masih ada insan yang tidak putus-putus mendoakan kita siang dan malam.
-Ukhti Zara-



"Kesibukan dunia selalu menyebabkan kita lalai daripada mengingati Allah. Kita jarang mendongak ke atas mengingatinya lalu mensyukuri segala nikmat-nikmatNya, pabila kita tersadai, barulah kita mendongak ke atas, merayu-rayu padaNya. Apapun, ujian itu satu anugerah. Anugerah memulihkan iman atas segala kelalaian .
-Akhi Haris-



Surat-surat yang terhimpun kata-kata hikmah itu menjadi kata-kata indah selepas perpisahan mereka. Kini, sahabat-sahabat itu telah mengecapi kejayaan masing-masing. Sara menjadi ikon untuk generasi-generasi muda apabila mula menyerlahkan diri sebagai penulis novel terkemuka. Humairah pula sebagai pemotivasi terkemuka, Zahra pula sebagai pengurus anak-anak yatim di sebuah pusat jagaan anak-anak yatim manakala Haris sebagai mudir di Maahad Tahfiz Darul Quran.



Indahnya hidup andai jiwa sentiasa terpandu kepada perkara kebaikan. Allahuakbar! 






Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..