Sunday, May 12, 2013

Aku dan Akhirat ...........


Bismillahirrahmanirrahim .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Salam imtihan buat sahabat-sahabat IPG seluruh Malaysia. Moga di dalam kesempatan ini membawa suatu hidangan yang mebawa kepada kecintaan akan akhirat yang bakal berkunjung tiba.



                                  Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
                                                        (Surah Al'-a'la: 17)



Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

******************************************************************************

Ada suatu kisah yang diceritakan berkenaan dengan akhirat.

Pada suatu hari, Hanzalah telah menghadiri suatu majlis ilmu yang disampaikan oleh baginda s.a.w. Dalam majlis ilmu berkenaan, hadirin yang berada di situ sangat tersentuh dengan kata-kata yang menusuk dalam hati mereka. Mereka menangis teresak-esak apabila disebutkan tentang perihal akhirat.

Kemudian, hanzalah pun pulang ke rumah. Apabila beliau bertemu dengan isteri dan anak, beliau bersukaria bersama keluarga. Mereka tertawa dan sebagainya. Kemudian, hanzalah terdiam lalu terfikirkan sesuatu.


Tadi, apabila aku berada dalam majlis, aku menangis, tetapi apabila pulang, aku ketawa dan lupa akan akhirat. Lalu Hanzalah pun keluar dari rumahnya dan bertempik,


"Hanzalah telah munafik, hanzalah telah munafik!". Kemudian, saidina Abu bakar yang lalu di situ bertanyakan Hanzalah. " Ya Hanzalah, kenapa kamu berkata demikian. Kamu bukanlah dalam golongan itu".

Kemudian hanzalah pun menceritakan tentang keadaannya yang terleka dengan akhirat .

Kemudian, abu bakar berkata.. Ya, aku juga mengalami perkara yang sama. Lalu beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w lalu enceritakan tentang permasalahannya.


Lalu Rasulullah pun menjawab, " Beruntunglah barangsiapa yang hatinya ingat akan akhirat selagi mana dia berada di luar majlis, malaikat akan bersama-sama dengannya. Namun, manusia ini kadangkala ingat, dan kadangkala lupa akan akhirat.".


*************************************************************************

Begitulah hanzalah yang hatinya sentiasa terawasi. Bukan selalu dia melupakan akhirat. Bila dia terleka sahaja, terus menginsafi. Hakikatnya kita bagaimana?


*************************************************************************
Harini aku menghantar kiriman mesej kepada seorang murobbi lalu persoalanku berbentuk begini.

"Salam. Bagaimana kita nak memandang wajah Allah taala dengan kemuliaan."

Jawab beliau: " Salam ain, dengan angugerahnya dan Nurnya  juala kita dapat memandang  pada kadar wajah (Bukan zat hakiki) yang ingin diperkenalkannya  mengikut kadar kelayakan hambaNya. 

Mengikut Syeikh Ibn Athoillah.. mereka yang buta  (mata hati) di dunia maka butalah di akhirat (tak dapat memandang keindahan wajahNya. Oleh sebab itu, perlunya di dunia ini rohani dicelikkan dengan Nur Tauhid (Nur cinta dan makrifat)......


Lalu aku menjawab kembali,
"Adakah saya akan bahagia di sana nanti. Agak-agak apakah keadaan saya nanti ...." (dengan penuh persoalan dan terasa hiba mengenang dosa yang terlalu banyak terhimpun.

Lalu beliau menjawab:
" Huhuhu :"(  ... tak boleh nak jawab soalan tu.

Aku tahu. Tetapi sengaja aku persoalkan begitu.

Ya Allah. seandainya Engkau dapat menjawab persoalanku, apakah aku bahagia di sisimu nanti? apakah yang akan terjadi padaku di sana?"

Andainya Engkau menjawablah agak-agaknya menangis tak henti - henti agaknya aku ..............



Beliau pesan bulan rejab ini banyakkan amalan supaya bertambah kehampiran denganNya..


*************************************************************************

Ya Allah .
aku khuatir andai pertemuanku denganMu terhalang kerana membawa lumuran-lumuran dosa yang begitu banyak ..
Ya Allah..
aku khuatir, yang tersisih dari syurga itu adalah aku, sedang yang lain bahagia di sisiMu .....
Ya Allah ..
aku khuatir amalanku yang tidak sempurna membuatkan amalanku tidak diterima olehMu....

Ya Allah ...
aku khuatir ...
andai kesombonganku, keangkuhanku, sifat riak ujub yang ada dalam diriku membuatkan aku dilaknat olehMu ....
Ya Allah ..
aku khuatir ..
andainya akhlakku yang tidak terjaga, adabku yang tidak terjaga ...
membuatkan Engkau benci untuk bertemu denganku..


Ya Allah ...
aku tidak tahu nasibku di sana ..
tapi aku yakin dosaku masih lagi berbaki..

Ya Allah ..
sinarilah hatiku dengan cahaya keimanan ..
Ya Allah..
terangilah hatiku dengan cahaya ketaqwaan ..
Ya Allah ...

suluhilah jiwaku dengan petunjuk-petunjukMu ..
Berikanlah aku ruang untuk menebus dosa-dosa sebelum bertemuMu..
Berilah aku kekuatan menempuh ranjau kehidupan yang penuh berliku...
Peliharalah diriku di padang mahsyar ..
      bantulah aku menuju titian sirot ...............
terimalah aku dan amalanku ..


aku hambaMu yang tersangat-sangat hina dan fakir.
Aku tidak punya apa.
Cuma aku punya Kamu.
Yang akan membawa aku menuju ke alam sana.

Moga Engkau berkati diriku.

***********************************************************************
Salam rinduku buat kekasih. Maafkan aku andai aku melupakanMu . Tidak pantas seorang hamba melupakan Allah walau sesaat. Kerana Engkau tidak pernah melupakan hambaMu walau sesaat. Engkau menjaga aku dalam keadaan aku tidur dan terjaga. dalam keadaan aku kegelapan dan keseorangan. Kalau Engkau tidak melindungiku, pasti apalah kiranya keadaanku saat ini.
Terima kasih atas jagaanMu yang terlalu banyak tidak ternilai.
ingataku tidak setanding ingatanMu padaku.
Benar aku katakan, aku terlalu hina Ya Allah 


Ampunkan diriku.

**********************************************************************

Perjalanan kita di dunia ini cuma sekali. Kalau bukan akhirat yang kita nak tuju, ke mana lagi?
Kita tak tahu bila akhirat itu terjadi. Tapi kita beriman akan hari yang begitu pasti. Kita musafir yang terlalu manja , diberi pelbagai nikmat oleh Ilahi, tapi kita jarang mensyukuri. Hidup kalau tiada Allah dalam hati, umpama jasad yang tidak ada harga diri. Kita hamba Ilahi harus merasa rendah diri bukan membanggakan diri di hadapan Ilahi. Kita tak tahu kita layak atau tidak berteduh di dalam syurga nanti, jadi perbanyakkanlah amalan yang membawa kita pada kebahagiaan yang tidak bertepi.

Salam muhasabah asyiq azhad.




by: asyiqyanghanyabisamenulis.




Monday, May 6, 2013

Kisah Surau FATIMAH AZ-zahra

" Akak. ada lagi tak agak-agak orang nak sembahyang berjemaah. kita tunggu sat lah ..." tanya Fatin di surah Fatimah Az-Zahra..

Ditunggu-tunggu jemaah yang datang, akhirnya adalah seorang sahabat dengan belari masuk ke pintu surau..

Gedegong! Bunyi pintu surau tertutup kuat. Takut-takut adik comel datang nak mengacau solat kami.

"Ha. Bagus. Sebab kamu datang lambat, kamu imam! lagipun kami dah lama x dengar suara kamu yang merdu . jadi, kamu kena jadi imam..." usik Ana.

" Tak nak. Tak nak. Saya x boleh jadi imam! Nak jadi imam kena bagus bacaan.." jawab Lily. Sengaja tidak mahu ke depan.

"Ok, kita tunggu sorang lagi sampai. Siapa sampai lepas ni, kita mintak dia jadi imam".

Mizah terkedek-kedek datang ke surau. Tiba-tiba dia terdengar perbualan itu. Lalu dia menyorok di luar pintu menanti orang lain tiba.

Tiba-tiba datang seorang hamba lagi bernama Farah. " Amboi menyorok eh sebab tak nak jadi imam!!!". Tersenyum dan akhirnya masing-masing ketawa.

Begitulah ukhuwah yang mengalir dalam jiwa sahabat-sahabat.

Aku kagumi beberapa orang sahabat yang begitu gigih menjadikan sebuah bilik bacaan yang terbiar menjadi sebuah surau yang kini sedaplah mata memandang.
Cantik, kemas dan terjaga. Itulah peninggalan mereka selepas keluar.

" Adik, mana ni jemaah. Takkan kita berdua saja". soal Syida.

" Kita tunggu lagi. Mungkin nanti adalah sampai jemaah-jemaahnya.." jawab Linda.

Puas menunggu. Akhirnya mereka solat berdua sahaja.
Ukhuwah bermula di situ. Rapat dan menjadi rapat serapat-rapatnya.

Akhlak! Ke mana saja insan yang berakhlak ini pergi, pasti disukai dan membawa pengaruh yang besar di sini.

"Saya suka tengok akak. Akak sibuk, kan. Tapi masih lagi dapat bersama dalam satu saff. Akak kuat. Kental. " puji Lily kepada Ana.

Bila dipandang wajahnya, terasa bahawa terlalu letihnya sahabat ini. Keluar meeting sebagai wakil pelajar, keluar menyahut tanggungjawab dakwah dan sebagainya. Dengan amanah yang digalas. Bahkan sebagai seorang kakak yang sudah banyak berkorban untuk adik-adiknya.

Cerpen yang diubahsuai.

Bila aku bertapak di sana, ku lihat hiasan-hiasan yang dibina bersama.
Dengan penuh semangat membawa mop , kertas warna, baldi, penyapu dan seangkatan dengannyalah. Membersihkan habuk-habuk yang banyak menjadi sebuah surau di dalamnya menjalin banyak ukhuwah sesama insan.

Kehadiran memang tidaklah ramai. Masing-masing menanti sahabat untuk berjemaah. kadang-kadang satu saff penuh. kadang-kadang dua orang ^_^

Tapi, tidaklah mengecewakan. Sebab di situ ada ketenangan.
Saat boleh merenung ke arah diri. Saat boleh menangis di sisi Ilahi. Saat boleh berbicara dengan Ilahi. Biarpun tak ramai tapi tetap tenang.

"Lily, kalau kamu bangun tahajud, kamu kejut ya?" kata Farah kepada Lily.

"Akak pun. Kalau bangun, kejut saya juga"....jawabnya sambil mengharap.

Kadang-kadang stay di sana sampai subuh. Menyiapkan assigment, buat persediaan periksa. di sana. Tidur pun di sana.

************************************************************

Memori. semuanya ukhuwah yang bermula di surau.

Kamu akan rindukan suasana itu. Tak kisahlah ada jemaah atau tak. Saat kamu berjemaah sendirian di surau itu pun pengalaman berharga buat kamu.

Kenangan di surah az-zahra.

Rasa rindu dengan kakak-kakak yang baik-baik akhlaknya. kak suhana. orang kuat . banyak berkorban ni untuk adik2x. kak farah pun adik kak ana yang kental, rajin, mesra, Mudah didekati. kak rem yang sorok2x ... ^_^ tapi suara nasyid harmoni tu..Mudah diadukan segala masalah dsbgnya. kak farahani ....hi... ketua saya dulu.

Lepas ni. sikit-sikit sahabat2x akan rindu kot lepas baca.

wallahualam.
Suhana Ana, Ramizah Bt Ramli Rem, Nur Farahin Nordin, Noorain Farahani Noor Hashim Nor Roshida Rosli,
sahabat-sahabat ,Adik-adik blok E yang saya kenali. bermula di sini.
hannan, najwa, ca, hasanah, hasanasiha, anisa, teha, nani, jah, ain farahanis , dan ramai lagilah..

watak cerpen hancur diubahsuai.

moga terubat rindu saya pada mereka. dan surau berkenaan.
 
Saya cuma nak kata ianya memori tarbiyah yang sangat manis.
mungkin tak tahulah bila lagi saya akan bersama-sama dengan sahabat-sahabat ini dalam keadaan seperti ini ^_^.
in sya allah. 
wassalam.
Coretan.
hambekerdilyangmoody.

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..