Sunday, July 29, 2012

Tazkiyatun nafs ...

Alhamdulillah, banyak perkongsian yang ana dapat pada malam ini. Kata-kata itu benar-benar menyerap masuk terasa zouq dalam hati, insyaAllah, mudah-mudahan Allah senantiasa bantu kita dalam penverahan tazkiyatun nafs...

Dalam penat bekerja, hati memerlukan tazkiyatun nafs supaya dapat mengurangkan rasa beban, mengurangkan rasa kesulitan dan tambah-tambah lagi menjauhkan sifat dan penyakit-penyakit hati yang bersarang di dalam hati.

Sebab itu ana menegaskan dalam bergerak kerja, persoalan tazkiyatun nafs perlu diJAGA ....

Taubat itu menyenangkan si Hamba dan meredakan Tuhannya.

Jalanilah hidupmu dengan gembira kerana sememangnya hidup itu indah. Sekurang-kurangnya anda boleh menjadikan hidup ini indah dengan kebaikan anda.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri amat disukai oleh Allah. Justeru, taubat seorang hamba lebih disukai Allah dan lebih menggembirakan daripada kegembiraan orang yang menemukan barang berharganya yang telah hilang. Sungguh benarlah bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Mengasihani. Allah sangat suka dengan taubat seseorang itu supaya ia mendekatkan dirinya di sisiNya:

“Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah An-Nur:31)


Bertaubat bermakna membersihkan hati dengan air mata penyesalan. Dengan kata lain, bertaubat adalah pembersihan hati( tazkiyatun nafs), pengawalan nafsu, penyemaian kemuliaan, dan penyesalan atas dosa-dosa yang telah lalu. Itulah tempat bertolak bagi perjalanan yang ditempuhi oleh orang-orang yang bertaubat, modal bagi orang-orang yang berjaya, langkah awal bagi mereka yang menuju Allah, kunci mereka yang hendak memasuki gerbang-Nya.


Petanda orang yang bertaubat ialah dia tunduk, mudah tersentuh hatinya, dan senang menangis. Ketika orang lain merasa tenang, dia tidak boleh tenang kerana takut. Dirinya sentiasa menghadap Allah dengan kesedihan yang mendalam, hatinya gundah, kepalanya tertunduk dan kulitnya merinding kerana ketakutan.


Jika ia mengingat dosa dan kesalahan-kesalahannya, maka dia mengalami kesedihan yang mendalam dan gemuruh hatinya yang luar biasa, yang menjadikan air matanya kering kerana terlalu banyak menangis. Dia berbisik kepada hatinya bahawa hari esok adalah masa untuk berlumba fastabiqul khairat dan mengurangi urusan keduniaan supaya dapat melalui titian dengan selamat.


Cuba kita lihat kembali diri kita hari ini..Sudahkah kita bertaubat dari segala kesalahan dan dosa-dosa kita tidak kira yang kecil mahupun yang besar, yang  terang mahupun yang tersembunyi, yang kita lakukan secara sedar ataupun di bawah sedar dan telah kita lakukan ataupun yang bakal kita lakukan di masa hadapan? Sudahkah kita lakukan perkara yang mengundang cinta Allah ini kepada diri kita?


Istighfar kita pula bagaimana? Jika Rasulullah saw yang maksum itu,sehari dzikir istighfar baginda melebihi 70 kali, apatah lagi diri kita yang amat jauh bezanya taraf ilmu, ibadah dan kekhusuyukan kita dengan baginda, tetapi kita lebih suka,lebih sibuk dan lebih lalai membasahkan lidah dengan mendendangkan lagu-lagu pop terkini, daripada merayu-rayu memohon keampunan tumpuan cinta kita ini. Ayuh sama-sama kita renungkan!


Astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim..


Bersikap positif dan optimislah dalam hidup. Jika hari ini anda mengalami hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.

Saturday, July 28, 2012

Cerpen “Ramadhan ini, Rindu ibu..”



26 April 2012

Salam rindu ibu buat adik yang ibu sayang ...
Pemergian ibu usah ditangisi..
Allah hanya mahu adik belajar erti hidup tanpa ibu..
Allah nak adik selalu dekat dengan Allah ..
Tak tinggalkan solat, tak tinggalkan tikar sejadah ...
Pesanan ibu, kalau rindu ibu ..
Jangan lupa doakan untuk ibu, dan jangan tinggal solat lagi ..
Salam sayang dari ibu..
Umizahra.


“ Ibu, kalau ibu masih hidup, sudah tentu Zahra akan jadi anak yang paling bahagia sekali, kenapa terlalu cepat ibu pergi dari hidup Zahra?”, rintih Zahra.

“Zahra sayang, jom ikut ibu solat terawikh”.

“Ibu, malaslah. Zahra nak sembanhyang di rumah saja...”.

“Jomlah, dah minggu terakhir dah ni Ramadhan, marilah kita pergi ke masjid....”.

Kata-kata itu diimbas kembali oleh Zahra, diamati bait-bait kata yang terlahir daripada bibir ibunda tercinta, berguguran manik-manik jernih mengaliri pipi.

“Tak sangka Ramadhan lepas merupakan Ramadhan terakhir bersama ibu.....”kata Zahra di dalam hati.

“Tak ada siapa nak ajak Zahra pi terawikh, mak cik sibuk berniaga.....pak cik keluar dari siang sampai ke malam, kadang-kadang wajah pun tak jumpa..”.

Barulah Zahra sedar bahawa pendidik yang baik, hanya ibu, pemujuk terbaik, pendengar setia, guru sejati dalam kehidupannya.

“ Zahra tak kan sia-siakan hidup Zahra untuk ibu. Walaupun ibu sudah tiada, Zahra takkan sia-siakan hidup Zahra kerna kesedihan yang begitu mendalam dari hati Zahra. Ibu, moga baik-baik saja di sana. Zahra akan jaga diri Zahra. Jangan khuatir ibu, Allah pasti akan jaga Zahra dan Allah pasti akan mengubat kerinduan Zahra pada ibu. Rindu ibu”, bisik Zahra dalam hati. Diamati dan direnung gambar arwah ibunya, ditatap dan dipeluk erat foto itu yang terlalu merindukan dakapan tubuh seorang ibu yang dikasihi.

“ Zahra, naqibah ana. Jom usrah harini,” pelawa Aisyah.

“Enti nak usrah topik apa?, fardhu muslim, baitul muslim, masyarakat muslim?”.

“Tak, ana nak kongsi tajuk sempena hari ibu”.

“Aiwah, boleh saja”.

“Antara seorang insan yang ana kasih dalam dunia ini adalah ibu ana. Dulu, ibu ana ada depan mata ana, ana sebagai anak, ana tak merasa betapa beruntungnya ana memiliki seorang ibu yang baik, yang penyayang sepertinya. Ana hidup tanpa ayah , sejak lahir lagi mengenal dunia. Ana membesar tanpa kasih seorang ayah. Tapi, ibu ana cukup memberikan kasih sayangnya pada ana. Ana dimanja, ana disayang, tapi kini, Allah uji ana kehilangan orang yang paling ana sayang dalam dunia ini. Andai ana dapat menyambut hari ibu bersamanya pada tahun ini, ana nak cium pipi ibu andai boleh. Ana nak peluk erat-erat dan .... kalau boleh, ana tak nak sia-siakan ibu ana ......... “.

“Maafkan ana, ya ukhti. Ana tak tahu yang enti sudah kehilangan ibu. Ukhti tak pernah beritahu sebelum ini?” . Terkejut Aisyah, setahun berkenalan dengan Zahra, tidak tahu tentang kesusahan yang dihadapi oleh saudaranya itu.

“Ana tak nak merasakan bahawa ana sudah kehilangannya, Sebab itu , ana tak khabarkan. Tetapi, usai di bulan Ramadhan ini, langkahan pula nak bertemu syawal membuatkan ana terasa teramat rindukan belaian seorang ibu. Tak dapat ana nak menahan rasa rindu ini sendiri ...... bergenang kembali air matanya, merembes jatuh ke hingga ke pipi, menekup wajahnya dengan telapak tangannya sambil berkata, “Untung enti masih punya ibu....hargailah jasa dan pengorbanannya, sebelum kamu akan kehilangannya”, bisik Zahra kepada sahabiahnya.

Kedua-duanya turut mengalirkan air mata, Tiba-tiba, suasana yang ceria tadi menjadi sunyi sepi seketika, gelak tawa hilang entah ke mana, mendengarkan kicauan burung berterbangan di udara seperti mahu menceriakan semula suasana sepi itu.

“Zahra, enti tak keluar hari ini”.

“Tak, ana mahu habiskan bacaan al-quran ni dahulu.

“Dah baca juzu’ enti baca?”.

“28 juzuk. 2 juzuk lagi habislah”.

“ok”. Terkesima Humairah mendapati sahabatnya yang sudah jauh meninggalkan dia dalam pembacaan al-quran.

Kesunyian bangunan saiditina Fatimah Az-Zahra dipecahkan apabila sekeliling mengalun – alun bacaan ayat suci Al-quran. Kedengaran sayup-sayup suara sekelompok hadirat yang sedang bertadarus al-quran. Aktiviti – aktiviti keruhanian dihidupkan dan diimarahkan dengan diketuai oleh Zahra, Humairah dan Aisyah.

“ Zahra, Humairah .... kamu sahabat baik ana. Jangan tinggalkan ana ... Ana suka bersahabat dengan kamu berdua”, jelas Aisyah.
“InsyaAllah, selagi mana Allah mengkehendakkan, pastinya akan bersama. Tidak di dunia, mungkin di syurga”... Tersenyum lebar Aisyah mendengarkan bicara Humairah. Persahabatan terukir dalam satu ikatan yang terbina dalam bulatan gembira. Ditambah, dengan ikatan-ikatan lain dalam solat berjemaah dan binaan dakwah yang didirikan bersama.

“Zahra, Humairah. Petang ni berbuka di rumah ana, ya. Umi ana masak banyak dan insyaAllah gerenti halal dan sedap untuk dijamu..hihihihi”. Tergelak manja Aisyah.

“Jom, jom. Jumpa umi”, tiba-tiba Humairah mengenyit mata tanda isyarat berjaga-jaga menuju kepada Aisyah, dikhuatiri Zahra sebak terasa rindu akan arwah ibunya.

Selesai solat terawikh, Zahra pulang ke rumah, dan menyambung rakaatnya, dan diakhiri terawikhnya dengan witir 3 rakaat.

“ Bismillahirrahmanirrahim. Allah... Ana rindukan ibu....Ana rindukan ibu.... Ana rindukan ibu..... sampaikan salam kerinduan ana pada ibu, Ya Allah. Ana nak bertemu ibu. Ana sudah terasa rindu yang teramat padaNya.... Andai engkau boleh membawa ibu ke sisiku semula ...................................................... rahmatilah ibuku di sana, peliharalah dia, Ya Allah. Hanya padamu aku mengadu rasa rinduku padanya”.

Doa itu didengari oleh Aisyah dan Humaira. Sebak terasa sahabat yang tersayang yang mengalir manik jernih kerana terlalu rindu akan seorang ibu.

“Humaira, macam mana nak bantu Zahra. Dia pasti sedih”.
“Jangan tinggalkan dia. Kita harus selalu di sisinya”.
“Betul, Humaira. Aisyah setuju.”.

“Andai kamu bersedih, jangan kamu merasa lemah sedang Allah ada bersama kamu. Tidak lupa Zahra, bahawa kamu memiliki teman yang sangat mengasihi kamu. Kami sayang padamu...... Kami yakin, enti orang hebat ditarbiyah Allah, enti pasti kuat dan tidak akan rebah dengan ujian. Apa yang kami ingin daripadamu duhai sahabat, andai berduka, berkongsilah kedukaanmu, mudah-mudahan terubat rasa pilumu itu. Bila pohon bertiup, daun-daun akan gugur, sama ibarat, air matamu yang jatuh ke bumi. Hulurkan tanganmu, ya ukhti Zahra. Kami akan ada untuk menjadi sahabatmu, berkongsi rasa pilu, berkongsi keriangan bersama.

“Syukran. Pabila Allah meghilangkan insan yang begitu ana kasihi, Allah hadirkan pengganti. Ana yakin segala ketentuan Ilahi, ibu ana pasti menanti di sisi. Walaubagaimanapun, kehadiran antum berdua harus ana hargai. Salam sayang buat sahabat tercinta, Humaira dan Aisyah.

-TAMAT-
Wallahualam.

Nukilan al-faqir asyiqazhad.blogspot.com


Monday, July 16, 2012

cerpen 5 : TERIMA TAUBATKU!




Tuhan..
Aku pohon taubat dariMu..
Ya Rabbi, sesunguhnya aku tidak layak untuk berada di dalam syurgaMu..
Namun, tidak pula aku sanggup untuk menempuh azab nerakaMU...
Allah, sudilah kiranya Engkau mengampuniku, hambaMu yang serba kekuarangan ini..
  ................................................................................

Bicara doa yang dilafaz kian tersekat-sekat. Nurain merasa lidahnya terkelu untuk mengucap kalam di penghadapan Yang Esa. Tertunduk dirinya malu dengan dosa-dosa yang dilakukan sepanjang kehidupan di bumi sementara. Setiap kali, kalimah Allah disebut, setiap kali itulah air matanya gugur ke bumi.

“Nurain, nak ikut Mira ke parti ulangtahun Remy? Jomlah kita enjoy? Steady,lah ain..janganlah asyik terperap di rumah. Boleh berkenalan dengan ramai kawan, nak cari teman lelaki kat sana pun boleh..jom?”, ajak Memey.

“Malaslah, Memey. Ain nak lepak kat rumah aje. Nak tengok Imam Muda Musim 2”, jawab Nurain dengan tenang.

“Sejak bila pulak ain berubah? Dulu, kalau ada ‘party’, tentu ain orang pertama yang ajak dan tak sabar-sabar nak pergi. Janganlah sebab ‘frust’ bercinta , jadi terus menerus moody, tak nak bergaul dah dengan kawan-kawan, bertenanglah ain, hidup ni masih panjang, tak kan nak bertaubat dah.....”, peril Memey terhadap Nurain.

“Subhanallah, Memey. Istighfar banyak-banyak. Takut-takut Tuhan murka nanti. Mana tahu hidup kita masih panjang lagi? Itu kan takdir, qada’ dan qadar Allah s.w.t. Ajal itu datang bila-bila masa je, Memey. Ain dah tak nak terlibat dengan gejala sosial , ain nak bertaubat. Ain takut umur ain tak panjang. Ain takut mati ain dalam keadaan hina, ain tak nak......”, tegas Nurain, seorang gadis yang banyak memulakan perubahan dalam diri sejak beberapa bulan lalu.

Daripada seorang gadis liar yang suka bersosial, berubah menjadi seorang gadis yang sopan dan hampir menepati syariat agama. Dahulu, Nurain seorang gadis yang tidak bertudung, namun berubah kini menjadi gadis yang bertudung litup. Kemas, ayu dan sopan!

Memey sering memerli Nurain sejak dia berubah menjadi seorang yang cuba untuk mengikuti syariat agama. Namun, Nurain tetap bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya Allah menguatkan dirinya dengan hijrah keranaNya.


Nurain sentiasa berpegang dengan firman Allah yang menegaskan, "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya." (surah Al-Baqarah; ayat 286).

Baginya, kehidupan ini memerlukan perubahan. Selagi hidup kita penuh debu dosa dan berada dalam keadaan yang melalaikan, selagi itulah jiwa kita akan sukar untuk diisi hatinya dengan sinar hidayah Allah s.w.t.

Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah), dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk. (Surah Al-Qasas; ayat 56).

“Ain, kenapa kau tiba-tiba berubah. Kau kan ramai kawan. Tiba-tiba je berubah, macam orang waraklah pulak....?”, peril Lina , kawan serumahnya. 


“Ermmmm.... Kau nak tahu? Sebenarnya, aku pernah bermimpi , aku didatangi oleh sekumpulan manusia berjubah putih. Mereke mengerumuni aku, dan mereka menjerit-jerit ke arahku dan meminta aku menutup auratku dan jaga perilakuku sebagai muslim. Aku terasa rambutku seperti ditarik-tarik. Tubuhku ketika itu terasa sangat panas hinggakan kulitku terbakar. Subhanallah, aku bermimpi lagi aku sudah kembali menghadap Ilahi, dan pada tika itu, aku terasa penyesalan yang teramat dahsyat, aku menangis dan meraung, tetapi tiada seorang pun pedulikan aku. Aku kepanasan, kesakitan dan hanya menanti seksaan demi seksaan mendatangiku”,  terang Nurain.


“Allahuakbar! Menakutkan mimpi kau ni, ain?”, usik Lina.

“Keesokan harinya, aku bertemu dengan seorang kanak-kanak kecil yang aku sendiri tidak tahu datang dari arah mana. Kemudian, dia menghulurkan aku sehelai tudung dan memberikan aku sebuah buku, bertajuk, ‘Taubat Nasuha’. Apabila aku memanggilnya, dia datang kembali padaku dan memeluk erat tubuhku sambil mencium dahiku lalu bergegas pulang. Puas aku mengejarnya, akhirnya bayangnya pun hilang daripada pandangan mataku. Aku merasa Allah berkehendakkan hidayah ke atasku. Pada tika itu, air mataku mengalir dan terus mengalir. Aku merasa sangat bersyukur, Lina dengan kejadian-kejadian yang menimpaku sejak kebelakangan ini. Allah mengkehendakkan aku berubah dan berhijrah. Aku harus menutur langkah untuk bertaubat padaNya”,  rintih Nurain.

Lina yang asyik memerli sejak daripada tadi terdiam membisu. Tersentap hatinya mendengarkan kata-kata temannya itu. Lina akhirnya bertudung, meniru sahabat tersayang untuk menutup aurat dengan lebih baik.

Buku ‘Taubat Nasuha’ dibelek-belek oleh gadis yang sedang berhijrah itu. Laptop yang berada di hadapannya digapai. Dilayarinya laman facebook, diciptanya group ‘sinar Hidayah Allah’ bermotifkan dakwah. Tujuannya adalah untuk menyentuh hati saudara-sauadaranya dengan bait-bait kata yang menyeru kepada cinta Allah sebagai cinta abadi. Baginya, sebagaimana Allah telah menyentuh hatinya untuk menerima hidayahNya, seperti itu dia mahu menyentuh hati manusia untuk menerima hidayahNya. Hakikatnya hidayah itu milik Allah, tetapi dia cuba untuk mencari wasilah bagi menyebarluaskan sentuhan itu dengan bait-bait kata cinta pada Yang Esa melalui facebook.

Deringan mesej berbunyi. Cepat-cepat Nurain menggapai telefon bimbit berjenama Nokia 2770nya itu. Mesej itu dibaca dengan teliti.
Anda dipanggil untuk menyertai Kem Kepimpinan Motivasi di Pantai Irama, Bachok.

“Fuh, kem lagi. Tak habis-habis kem. Tak apelah, insyaAllah, kalau kita niat ikhlas kerana Allah, natijahnya besar di sana nanti”, sambil tersenyum membelek-belek mesej tersebut.

Tiba waktunya riadah pada pagi hari, Nurain ditugaskan selaku faslilitator untuk mengendalikan sesi riadah pagi bersama dengan 50 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Darul Naim.

Tiba-tiba, Nurain jatuh pengsan sewaktu pengendaliannya. Nurain diusung ke Hospital Universiti Sains Malaysia dan dihantar ke wad kecemasan.

Lina, Memey dan kedua ibu bapanya menanti di birai katil, menunggu Nurain sedar. Tiba-tiba kedengaran suara serak-serak berbicara.

“ Jam pukul berapa?”, soal Nurain yang baru sahaja bangkit dari pengsan.
“Jam pukul 3.30 petang, nak”, jawab ibu bapanya dalam keadaan sedih.
“Astaghfirullahalazim, ain tak solat lagi. Ain nak solat. Waktu Zohor dah nak habis”, beritahu Nurain kepada semua yang menemaninya di situ.
Nurain pun bangkit dari katil sambil dipapah oleh ibunya menuju ke bilik air. Kemudian, solat secara duduk. Selesai solat, seperti biasa, Nurain berdoa kepada Allah s.w.t.

Antara bait-bait doanya;
Allah, aku tidak tahu mengapa badanku terasa lemah dan tidak seperti selalu. Aku merasa badanku tidak sekuat dahulu. Ya Allah, kuatkan aku, berikan aku tubuh badan yang sihat agar aku dapat menjalankan tangungjawabku sebagai khalifah, sesungguhnya masih banyak lagi tugasan yang harus aku laksanakan. Amin Ya Robbal Alamin.


“Nurain, harap dapat banyakkan bersabar. Keputusan pemeriksaan kami menunjukkan bahawa anda menghadapi penyakit leukimia kronik. Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah. Harap-harap Nurain dapat bersabar dengan ujian yang datang dariNya”, bicara Doktor Faqir kepada Nurain.

Nurain tergamam. Terdiam dan membisu seribu bahasa. Terkejut mendengarkan berita tersebut. Kedengaran tangisan demi tangisan daripada pihak keluarga dan sahabat-sahabatnya.

“Ibu dan ayah jangan bersedih. Kalau ditakdirkan Nurain panjang umur, sudah pastinya Allah akan panjangkan umur Nurain”, pujuk Nurain dengan tenang kepada ibu dan ayahnya yang asyik menangis sejak mendengar berita tersebut.

Di hati gadis bernama Nurain itu seperti bilahan kaca yang menghiris hatinya, namun dia merenung kembali petikan firman Allah s.w.t yang menegaskan, “Kami pasti akan menguji kamu sampai Kami tahu siapa orang-orang yang berjihad di jalan Allah dan bersabar.” (QS. Muhammad: 31)

Ayat-ayat indah itu disimpannya ke dalam jiwa sebagi penguat untuknya menghadapi ujian yang penuh liku.

Dipacu kenderaannya menuju ke Pantai Irama bagi menceduk sedikit ketenangan dan kedamaian hasil daripada anugerah dan kebesaran Allah.

“Indahnya lautan ini! Namun tidak seindah hati yang gelisah ini. Ya Allah, aku pohon keampunan sebelum nafasku terhenti. Ya Allah, aku merasa syukur di saat Engkau mengurniakan aku jalan dan petunjuk sebelum aku kembali ke pangkuanMu. Aku masih ingat saat- saat di mana dahulu aku lalai dan alpa dengan keseronokan dunia. Aku bercampur dan bergaul dengan lelaki yang bukan muhrimku, aku banyak menuju ke tampat-tempat hiburan malah solatku tidak terjaga bahkan meninggalkan solat fardhu tanpa sedkit merasa takut padaMu. Kini, aku kembali padaMu. Namun, di saat ini pula, Engkau mengujiku dengan hakikat kematian yang menantiku di penjuru hidup ini. 


Ya Allah, andai ini yang terbaik untukku, aku redha, Ya Alah. Aku tidak mampu mengubah aturan perjalanan kehidupan. Hanya Engkau yang mencorak kehidupan dan mematikan hambaMu pada bila-bila waktu. Cuma apa yang aku pinta, leburkanlah segala dosa-dosaku yang masih berbaki. Sudilah kiranya agar Engkau mengampuni aku. Terimalah taubatku selaku seorang hambaMu yang hina.......................................”, luah Nurain dalam bisikan doanya.

Selesai menghirup udara segar di Pantai Irama, Bachok, gadis itu pun pulang dengan hatinya yang tenang.

“Ibu, ibu kemaskan bilik kakak, ye. Ibu boleh buang barang-barang yang perlu. Akak mintak maaf andai selama ini banyak menyakiti hati ibu dan ayah. Ibu dan ayah yang akak sayangi, akak menanti kehadiran ibu dan ayah di sana. Jangan bersedih, akak pasti akan berada dalam pemeliharaan Allah di sana nanti, cuma akak mohon doa agar akak ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang baik-baik. Maafkan akak tak dapat nak jaga ibu dan ayah sampai akhirnya. Ibu kejutkan subuh esok, ye. Takut akak tak terbangun”, sayu Nurain mengucapkan kalam pada orang tuanya. Air matanya mengalir dan tidak dapat ditahan peraaan sedih yang membuak-buak daripada lubuk hatinya.

“Kak jangan cakap macam tu. Insyaallah, Allah akan panjangkan umur kakak. Akak takkan pergi mana-mana, sayang”, pujuk ibunya sambil memeluk erat tubuh anak gadisnya itu.

Kedengaran azan subuh berkumandang. Mak Siti cepat-cepat mengejut Nurain untuk mengerjakan solat subuh. Digeraknya tubuh Nurain, namun Nurain tidak bangkit un daripada lenanya.


“Mungkin penat sangat kot, Ain, kejut selepas solatlah”, bisik ibu Nurain.

Dikejutkan semula anak kesayangannya itu untuk mendirikan solat Subuh. Namun, masih lagi tiada respon daripada Nurain. Ditatap wajah anaknya itu, terlihat air mata mengalir dari kelopak matanya. Degupan jantungnya telah terhenti, wajahnya putih berbaur pucat.

“Inna lillahi wainna ilaihi Rajiun, Nurain sudah tiada lagi...........”, tangis ibunya teresak-esak.

Tiba pada hari sambutan ulangtahunnya, tiba-tiba ibu nurain teringat akan laman web facebook yang pernah diciptanya, dan group ‘sinar Hidayah Allah’ dibuka lembaran mukanya. Dilihat kata-kata yang pernah ditulis oleh anak kesayangannya itu membuatkan air matanya kembali jatuh mengenang kisah dan kenangan bersama anaknya yang begitu dicintainya.


Catatan 26 April 2012

terasa nak mengalir air mata bila berkata tentang abi wa umi.....sayang saya padanya sampai akhirat..doaku tidakkan berhenti untukmu...
allahuakbar....

“Ibu mendoakanmu agar tergolong dalam kalangan orang-orang yang dikasihiNya. Moga dikau berbahagia di sana, nak”, luah ibunya setulus hati.


-TAMAT-



Thursday, July 5, 2012

Mohon Allah beri aku kekuatan untuk ke utara, menimba pengalaman, mencari sinar hidayah Allah, merantau meneroka kebesaran dan keindahanNya, moga Allah memberi aku kesihatan yang baik~ Allah panjangkan usiaku, Allah lindungi diriku...
bila tertimpa sakit, barulah terasa sedar,bahwa sihat itu tidak selama-lamanya sihat, dan sakit itu petanda menghampiri detik pemergian terhadap Ilahi~insaflah, dan banyakkan solat taubat..insyaAllah~
banyak tugasan menanti minggu hadapan, sedang badan terasa lemah,ingin diselesaikan segera, tetapi ... Yuh,,, enti mesti berjuang, jangan mengalah!

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..