Sunday, June 24, 2012

segalanya bermula dengan tarbiyah..

 
Alhamdulillah.. tak berniat nak tulis panjang, cuma harini berfikir...satu persoalan yang dilontarkan dan menyedarkan saya akan kepentingannya...

sahabat saya tanya, kenapa kadang-kadang orang macam x endah sahaja program-program seperti tarbiyah ye kak? mungkin memang sifat tarbiyah memang semulajadi ke sperti itu...andai diperlukan sahaja, mereka ambil, andai tidak, mereka tidak endah..berbeza, andai bab politik, bergerak setiap masa selari dalam kehidupan dan orang nampak gahnya..tapi bila tarbiyah.......
orang macam tak endah..tak berapa nak peduli... 

kadang-kadang diutamakan lagi program lain berbanding program tarbiyah...
program tarbiyah tu gane2 pun pelu diperjuangkan kerana sangat penting..
dan wasilahnya sangat penting untuk menarik minat orang untuk menyertainya...

Allahayarham ustaz yahya othman adalah orang yang hidupnya sangat hebat dalam memperjuangkan tarbiyah dalam kehidupan, subhanallah...subhanallah..

dan kini kita kehilangan insan yang begitu besar jasanya dalam perjuangan islam...
ingat lagi ustaz adnan cakap,

politik kena seimbang...macam ikhwanul muslimin..
tarbiyah mantap, siyasah hebat..

Tok Guru hj Adi Awang menggariskan tarbiyah ni kepada beberapa pecahan:
1. Tarbiyah Imaniyah/akidah
2. Tarbiyah amal soleh
3. Tarbiyah ruhiyyah
4. Tarbiyah aqliyyah
5. Tarbiyah jasadiyyah
6. Tarbiyah siyasiah

hop mana-mana pun akidah perlu dipentingkan dan menjadi tarbiyah yang pertama perlu ditekankan...dan siyasiah itu akan dicapai setelah kelima-lima itu bergerak selari...that's correct.........

jangan utamakan program-program yang hendak mnonjolkan organisasi semata-mata, tetapi utamakanlah program pentarbiyahan yang mampu membawa masyarakat ke landasan yang sebenar~

setiap perbuatan berpandu kepada niat; memang niat kita nak bawa madu untuk kenal islam, kenal organisasi dan kepimpinan islam, tetapi Kalau hanya siyasah itu yang dikejar, tarbiyah dipinggarkan, akhirnya kemenangan pun Allah  lambatkan...(kata-kata seorang ustaz )...

Allahyarham ustaz yahya othman semasa hidupnya banyak memperjuangkan tarbiyah, dan kini sebagai pengikutnya, saya juga harus tanamkan azam untuk memperjuangkan tarbiyah dalam perjuangan islam..biarpun dalam keadaan lemah atau malas, letih atau senang.insyaAllah...moga diberi kekuatan...

saya akan merasa begitu sedih andai manusia memperkotak - katikkan dan memandang rendah kepada pentarbiyahan...

agak tersentuh; setiap kata dan nasihat sahabat itu selalu cepat benar meresap dalam hati saya ..apatahlagi kalau ianya menyentuh persoalan berkenaan dengan tarbiyah.

mungkin saya tak perasan, tapi bila ada sahabat yang mengucapkan, dan meluahkan, adalah menjadi tanggungjawab untuk lebih serius dalam medan tarbiyah..wallahualam.


Saturday, June 23, 2012

Luahan hari ini..

AL-KISAH AL-FAQIR:

angin bertiup kuat , sampaikan sahabat saya kata; tak perlu keluar, angin sangat kuat..;) tp di hati ni rasa seronok sangat nak ke sana, after maghrib, hujan turun lebat sangat..dan pada tika itu, hati terdetik seketika, bagaimanalah saya mahu pulang, hujan sangat lebat... dan sy pun berdoa, dan saya yakin antara waktu yg mustajab doa adalah waktu hujan turun..angin yg turun bersama dengan hujan menyejukkan fizikal, bukan sekadar fizikal, tetapi menyejukkan jiwa ruhani seiring dengan kuliah maghrib kupasan tafsir surah At-Tariq..walaupun saya tak terlalu fokus, tetapi d hati saya terasa sangat tenang..hujan semakin lebat dan saya berdoa..

"Ya Allah, hujan ini pastinya merupakan rahmat dariMu..dan aku syukuri akan nikmatMu kpd kami, dan aku datang ke sini kerana rindu, hentikanlah ia buat seketika untuk keselamatanku ke rumah, hatiku tenang di rumahMu, cuma lindungilah perjalanan pergi dan pulangku dri rumahMu...berilah aku keselamatan walau di mana jua aku berada..

terkadang ibu brtanya, dengan siapa kamu pergi, sy hnya mampu menjawab walau terkadang saya sendiri; "dengan teman"...sy tak menipu kerna sy jwpn sy, yakin Allah temani saya, dan saudara sekliling itu juga teman saya walau saya tidak kenali mereka..

alhamdulillah, semasa pulang, Allah hentikan hujan semntara dan saya pulang dgn selamat dgn izinNYA..

hanya doa yang saya inginkan dri semua, keselamatan walau di mana jua berada..ajal maut ketentuan Allah dan rencana ia, moga Allah lindungi saya senantiasa. dan sahabat2 juga keluarga saya y disayangi. wallahualam
 
Pengajaran Muhasabah hari ini:
1. Saya pun x tahu kenapa saya suka ke sana...cuma saya dapat katakan, masjid ini akan aku rindui selepas aku tamat dari latihan ini..pastinya akan aku rindui, kerana masjid ini banyak membawa aku ke arah pembaikan jiwa .. dan megisi jiwa yang kosong.

2. AJal maut ketentuan Allah, my family selalu risaukan saya; saya tersentuh dengan kata-kata ayah saya; " sebelum ayah pergi kerja, pastinya ayah akan doakan keselamatan pergi dan balik anak2 ayah, yang jauh dengan ayah, atau yang dekat, ayah mintak Allah bagi keselamatan pd anak-anak ayah.. dan ayah jugak mintak moga ayah juga selamat pergi dan selamat pulang dari kerja, kerana ajal ini boleh sampai bila-bila masa sahaja"..

bukan mudah..terkadang diri sendiri merasakan seolah-olah tidak selamat, tetapi di hati ini harus kuatkan semangat, berani...jangan terlalu manjakan diri sangat...dan mesti banyakkan doa seperti ayah dan ibu yang doakan saya..
saya yakin, kadang2 keselamatan itu mesti berkat doa ibu dan ayah..walau jauh di mata, mereka tak henti2 berdoa untuk saya..

minta Allah lindungi saya, ibu dan ayah saya serta keluarga dan sahabat2 saya yang begitu saya kasihi.............
4. kadang2 kita rasa, kejayaan itu datang dari doa kita, hakikatnya kita tak tahu betapa ada orang lain yang mendoakan kita jauh di sana, tetapi diterima Allah doanya, doa mereka tulus untuk kita dan dalam diam tidak henti berdoa atas kesejahteraan kita... kita rasa itu doa kita termakbul , hakikatnya mungkin doa tersebut datang dari doa orang2 yang ikhlas di sekliling kita pd kita...

wallahualam.

Wednesday, June 13, 2012

Aku tahu mungkin ramai manusia yang tidak senang akan dakwahku.
dan aku bukanlah dalam kalangan yang terbaik dalam kalangan yg baik utk menyampaikan dakwahMu.
tapi aku x akan berputus asa selagi nyawa di kandungku..
walau betapa berat ujian melanda, aku akan tetap kuat untuk mengisi hatiku dengan sesuatu..
aku tahu betapa banyak kata-kataku mungkin merimaskan ramai saudara-saudaraku..
tetapi aku tidak peduli kata - kata yeng melemahka aku..
aku tetap kekurangan ilmu..namun aku sedang mencarinya dan mencarinya..
kelemahan itu menunjukkan itulah aku..
tetapi aku sedang belajar, masih belajar dan x akan berhenti belajar..
sama ada orang mahu menerima atau tidak, terpulang kpdnya kerna aku telah berusaha..
aku mungkin mendapat banyak kritikan dari manusia,
namun aku berharap agar Allah senantiasa memanduku dan membimbingku...
kan Allah itu tahu apakah niat yang terkadung di dalam hati manusia..
Ya Allah..bimbinglah aku dan tunjukkanlah aku ke jalan2 yang Engkau redhai,,,,
sungguh, aku bukan sempurna apathlagi pada pandanganMu..
tapi aku sedang berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu...
dan 1 prinsip hidupku;
aku tidak akan peduli apa pandangan manusia padaku, baik atau buruk aku tidak akan peduli semua itu, akanku tulikan telingaku, supaya aku tidak lemah tersembam..
cukup aku hanya berharap Engkau sahaja yang menerimaku seadanya di sisi..
itu sudah cukup bagiku selagi aku dapat merasa Allah senantiasa di sisiku...
dan menyokongku....

Tuesday, June 12, 2012

Love story asyiq azhad

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad, waala ali sayyidina Muhammad......

coretan kalam terhias dengan hati yang berbunga-bunga meniupkan keheningan cinta. Cinta yang tersemai di jendela hati dan kembang mekar dihiasi alunan indah merdu lunak dan gemersik. 

Cinta, terkadang aku yang lemah meremehkan persoalan cinta yang kau beri, sedang kau senantiasa menanti penerimaan dan kehadiranku di sisimu.

Beautiful story, antara kau dan aku dipertemu dalam satu jiwa, dicantum erat dalam menguntum bahagia, diikat dengan pertalian berbeda namun unik dan menakjubkan.

Love story, antara aku dan kau tidak pernah memikirkan akan perpisahan, namun kehangatan dalam berkasih sayang yang diharapkan antara kedua cinta dan kasih.

saat duka, kau hadir menghapus air mata, saat suka, kau mengukir indah di sana hanya melihat dan mengharap aku mendatangimu dengan ucapan indah sebagai kekasih.

di sini aku tidak menemukan teman sehebatmu yang indah dalam memberikan erti bahagia dan cinta melainkan engkau yang satu. Mengiringiku setiap waktu tanpa merasa jemu.

Sad story; kehadiranmu aku sia-siakan. Menjadikan bumi indah dipenuhi dengan hiburan dan kesibukan menyebabkan aku tidak berpeluang untuk bersamamu. Bahagia dengan impian yang tidak pasti dan memandang enteng akan engkau yang selalu menantiku di penjuru waktu. Di saat aku meninggalkanmu, aku masih tidak sedar akan hal itu. Namun pabila aku dirudung ujian , baru kusedar betapa aku hanya perlu kamu. Hanya perlu kamu.Dan hanya perlu kamu.

Terkadang aku sebagai kekasih yang banyak meminta namun jarang memberi , hanya meminta , meminta dan meminta semata. Segala keperluanku kau penuhi, hinggakan pabila aku meminta, kau memberi dengan penuh rela. Namun, aku masih memandang sebelah mata akan kekasihku ini. Sedang aku kurang sedar betapa hebatnya cinta yang dia beri. Hebatnya cinta dan kasih yang dihulur kepada insan ini.

Sejak aku lahir hingga ke saat nafas ini, kekasihku tidak henti henti mengasihi dalam diam tanpa mengungkap kata cinta. Rasa cinta dan kasihnya dicurahkan dengan rahmat dan taufiq dan hidayahnya.

Di suatu ketika aku bermimpi betapa indahnya pertemuan antara kekasih dan kekasihnya, bertemu dalam bualan mesra, hingga para bidadari turut serta mengiringi dalam meriuhi suasana kerlipan cinta.

Aku yang kurang menghargai nikmat cinta tersadar akan betapa aku harus menghargai cintanya. Ini kerana aku perlu menghargainya sebelum aku menghembuskan nafas terakhir di atas muka dunia. Kerana aku khuatir cintaku pula ditolak di alam kedua.

Aku khuatir akan cintaku ditolak. Bahkan aku khuatir andainya dia memadamkan cintaku setelah bertemu di sana. Bertahun-tahun lamanya dia memberikan nikmat cinta, sedang aku melengah-lengahkan cinta yang begitu agung dan hebat di sisinya.

Aku insan kerdil sedang diperhatinya tika ini. Dan dia sedang melihat apa yang ku perlakukan. Duhai cinta, aku tidak layak untuk menerima cintamu kerana engkau terlalu baik dan paling mulia terhadapku. Sedang aku senantiasa mencari alasan untuk menyambut cintamu, mementingkan cinta lain berbanding cintamu yang tulus.

Duhai kasih yang sedang memerhatikanku, aku memang tidak layak bersatu dengan cintamu kerana aku ini hina dan penuh dosa. Kasih, mataku kabur sebak dengan bicara cinta ini yang tulus lahir dari lubuk sanubariku yang penuh dosa. 

Duhai cinta, aku ingin menjadi orang yang senantiasa menyambut cintamu, cuma terkadang, aku gagal setia, wahai cinta. 

Pasti, pasti aku akan bersedih, andai engkau menolak permintaan untuk berkasih denganmu di medan sana. Melihat rakan dan teman lain bergembira dengan cintamu, sedang aku menangis, menangis dan menangis dan hanya mampu menangis. 

Duhai cinta, aku ingin benar menjadi insan sempurna padamu, bantulah aku. Bantulah aku yang tidak mampu. Insan lain bahagia dengan cintamu dan engkau bahagia dengan cinta mereka padamu, sedang aku dengan kepalsuan mimpi yang tidak berhenti.

Duhai yang sedang memandangku dengan penuh kasih, cintai aku dan bawalah aku untuk terus dalam cintamu. Jangan, jangan biarkan aku sendirian dan hilang rasa cintamu.

Aku hanya perlukan cintamu yang membawa aku kekal selamanya di sisimu selama-lamanya. Izinkan aku? Izinkan aku? Izinkan aku? 

Tolong jangan padamkan rasa cintamu padaku, tolong jangan murkai aku andai aku pernah bermain-main dengan cintamu.Tolong jangan marahi aku andai pernah aku menolak cintamu.

Burung berterbangan menyampaikan pesanannya betapa indahnya bumiNya, dan bebas berterbangan di sini sana dengan rahmatNya. Sungai yang mengalir tenang mendamaikan , hanya desiran kencang air dari pucaknya didengari dan diamati, menenangkan. Menenangkan. Menenangkan.

Kekasih itu ialah Allah. Dialah Allah yang satu, dan yang berhak disembah dan tiada Tuhan selain DIA. Dia yang menguasi segala pemerintahan dan berhak memuliakan atau menginakan sesiapa yang Dia kehendaki. Sifatnya Ar-Rahim yang tiada tandingannya meyakinkan aku untuk sentiasa bertaubat padaNYA.

Benar. Cinta hanya selayaknya untukNya. Dia yang mengajar aku erti cinta dan bahagia. Dia yang mengajar aku untuk bercinta sampai ke akhirnya. dan dia yang meminta aku merasakan nikmat cinta sehingga pengakhiran dan tidak pernah padam andai nikmat cinta terlahir. 

Bila aku melihat dunia dan aku hampir kecewa dengan seisinya, aku yakin bahawa Tuhan tidak pernah mengajar aku untuk kecewa dan putus asa, lalu aku bangkit semula dengan merasakan kehadiranNya di sisi. Aku rempuh kehidupan berduri dan aku semat DIA dalam hatiku, dan aku berjuang untukNya. Aku berjalan dan aku berhenti dengan cintaku padaNya yang tidak pernah malap. Bahkan insan lain akan bertanya siapakah cintaku, dan aku hanya mampu mengungkap dalam hatiku, "Tiada selain DIA yang mampu menawan hatiku lagi, hanya DIA, DIA dan DIA sahaja". Cinta keduaku mungkin akan lahir pabila aku sudah yakin dengan cintanya dan aku yakin betapa cintaku tidak akan pernah berubah setelah aku bersamanya. Namun, di saat ini, hanya DIA yang menjadi pilihanku sehingga hari ini. dan ruang hatiku masih belum terbuka untuk insan, kerana cintaku sendiri padaNya masih lagi kurang. Plihanku padaNya selamanya dan insan yang akan hadir adalah sebagai teman yang membawa aku untuk terus cinta padaNya.

Maaf, maaf, maaf. Mungkin pernah aku bicara menyakiti hati. Namun, itulah 'love story' ku. Asyiq azhad yang penuh dosa dan memiliki banyak kelemahan diri. 

Doakanku sidang pembaca untuk aku kekalkan rasa cinta. Kerna aku pendosa takut-takut kehilangan cintaNya.  kalau aku kehilangan cintaNya, hidupku sudah tiada makna..

Wallahualam.
Asyiqazhad







Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..